Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Thursday, November 27, 2008

Ku cari DAmai ABadi

0 comments

aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
untuk hidup kaya,
aku cari bukan wang berjuta-juta,
untuk hidup bergaya,
aku cari bukan kawan-kawan,
untuk hidup sekadar berfoya-foya,
aku cari mana dia Al-Ghazali,
aku cari mana dia Al-Shafie,
kita bongkar rahsia kitab suci,
cari pedoman,
kiya bongkar rahsia sunnanh Nabi,
cari panduan,
aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
aku hidup bererti
menikmati damai abadi

antara sajak yang diminati(";)

Wednesday, November 26, 2008

Untuk mendapat KEKhUSYUKAN dalam solat

0 comments


1. Takbiratul-ihram
Mengucapkan ALLAHU-AKHBAR ntuk memulakan solat. Perkataan ALLAHU-AKHBAR itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain dan diucapkan tanpa rasa was-was. “ALLAH MAHA BESAR”

2. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3. Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

4. Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

5. Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6. Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

7. Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

9. Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

11. Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

InsyaALLAh dengan memahami n meghayati setiap bacaan dalam solat, kita sama2 dapat tingkatkan kekhusyukan dalam solat seharian kita.......

Monday, November 24, 2008

Semerbak Iman MASYITA

0 comments

Bercakap fasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun.
Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.


Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.


Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"


"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."


Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.


Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.


Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.


Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.


Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.
Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah
!

LEmahnya DiRI ini....:-(

0 comments
Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri
Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri
Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri
Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri
Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang
Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan
Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti
Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri
Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima Atau dipaling
Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi
Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat
Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

TauBAt Seorang HAmba

0 comments

SAhaBAtku......

0 comments
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharum
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..=)
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang

Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana di antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadiBiar berpisah selalu menderita

Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi

Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah..

sebaik-Baik Wanita

0 comments

1. Perempuan itu tidak guna kain yangnipis untuk membuat bajunya, sehinggaterbayang kulitnya. Kerana dia tahu,bahawa pakaian seperti itu adalahpakaian yg layak dipakai olehperempuan jalang.


2. Perempuan memang tidak guna rantaikaki yang berloceng utk dililitkanpada kakinya. Rantai ini apabiladipakai walaupun tersembunyi tetapbergemerincing dan menarik perhatianorang lain, lebih-lebih lagi lelakiJAHAT. Dia tahu sekiranya diamemakainya juga dia telah melanggarlarangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.


3. Perempuan memang tidak guna minyakwangi yang baunya semerbak. Wangiansebegini mempunyai kuasa penyerakanbau yang amat tinggi kerana kadarkemeruwapannya tinggi. Biasanyakekuatan bau ini menunjukkan kadarkekompleksan rantai alcohol (secarakimia) yg digunakan utk membuatpewangi itu. Perempuan yang tidakmemakai wangian yang kuat ini tahubahawa inilah yang dipesan oleh nabi.Sabda junjungan bahawa wanita yangkeluar rumah dgn memakai wangian,adalah seperti pelacur. Bukan tidakboleh berwangi-wangi tetapibersederhanalah dlm pemakaian wangiantersebut.


4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahusesiapa sahaja yang bercakap perkarayang keji adalah mereka yang rendahakhlaknya. Lelaki atau perempuan yangbercakap menggunakan perkataan yangburuk @ jahat, adalah seperti sepohonpokok yang rosak akar tunjangnya. Diatahu bahawa perumpamaan perkataan yangbaik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


5. Perempuan tidak guna masa berborakuntuk mengatakan hal-hal orang yangdisekitarnya atau dengan kata lainmengumpat, memperkatakan keabaiansaudaranya. Dia tahu bahawa sekiranyaorang yang suka mengumpat baik lelakiatau perempuan dia seolah-olah memakandaging saudaranya sendiri. Apakahsanggup kita memakan daging saudarasendiri? Persoalan ini ditanyakankepada kita dalam firmanNya ayat 12.surah al-Hujurat.


6. Perempuan memang tidak guna tudungtiga segi, apabila memakainyadiselempangkannya sehingga nyatabentuk perbukitan pada badannya.Sememangnya ia menjadi tatapan matalelaki yang jahat yang terkena panahansyaitan. Dia tahu apabila bertudung,dia mesti melabuhkan tudungnyasehingga menutup alur lehernya dantidak menampakkan bentuk di bahagiandadanya. Pesan Rasul seperti yangdisuruh oleh Allah tersebut dalam ayat59 al-Ahzab. Begitu juga seoranglelaki yang bergelar suami mestimemberi peringatan untuk isteri dananak-anaknya.


7. Perempuan memang tidak guna lenggokbahasa yang boleh menggoda seoranglelaki. Jika bercakap dengan lelakiyang bukan mahramnya, bercakaplahdengan tegas. Jangan biarkan suaralentukku untuk menarik perhatianlelaki yang sakit dalam hatinya.Sememangnya suara perempuan bukanlahaurat, jika aurat maka Allah tidakakan menjadikan perempuan bolehberkata-kata. Bertegaslah dalampercakapan, jangan gunakan suaramuuntuk menarik perhatian lelakisehingga menjadi fitnah buatmu. Bahayasuara wanita yang bercakap dengan gayamembujuk yang boleh mencairkan keegoanlelaki (yg bukan mahramnya) dicatatdalam ayat 32 surah al-Ahzab. Maknaayatnya lebih kurang begini “?.Makajanganlah kamu tunduk dlm berbicarasehingga berkeinginanlah orang yangada penyakit dlm hatinya danucapkanlah perkataan yangbaik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbgberbicara dgn sikap yang bolehmenimbulkan kebaranian orang untukbertindak jahat kpd mereka. “Penyakitdlm hati” adalah keinginan seoranglelaki utk melakukan perbuatan sumbangdgnnya seperti berzina. Mengapa?Lelaki sangat mudah tertarik kpdseorang wanita melalui suaranya.


8. Perempuan memang tidak guna alatmake-up untuk menonjolkankejelitaannya melainkan di hadapansuaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepadawanita muslim (muslimah) keranasemestinya kecantikannya adalah hakekslusif yang mesti dipersembahkankepada suaminya. Jika ingin keluarbekerja, dia memakai make-up secarabersederhana sahaja sehingga tidakjelas kelihatan pada wajahnya diabersolek. Jangan bersolek sehinggacantiknya anda sehingga kadang2 wajahanda menjadi seperti hantu. Hendakbergincu? Jika bergincu, pakailah ygtidak menyerlah warnanya. atau Mengapatidak pakai lipstick sahaja?


9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnyajala yang digunakan untuk memukathaiwan akuatik. Kerana apabila memakaitudung seperti ini, akan nampak jugabahagian yang sepatutnya ditutup rapidari pandangan orang lain. Rambutadalah mahkota, tetapi jangan biarkanmahkota itu tidak ‘berharga’ denganmenayangkannya tanpa sebarangperlindungan. Jika mahkota berhargadisimpan dengan rapi di dlam sangkar,dan ditambah pula pengwal untukmenjaga keselamatannya, maka demikianjuga dengan rambut wanita. Sangkar ituadalah kain litup yang sempurna danpengawalnya pula adalah ilmu yangdiamalkan oleh anda untk memakainyadengan cara yang terbaik…

GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template