Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Tuesday, May 19, 2009

GENERASI Y??


Salam,,,kelakar rasa nya pentafsiran ana sebelum mengetahui apa erti sebenar GENERASI Y..sebelum ini ana maksudkan GENERASI Y ini adalah generasi golongan lelaki..sebab kromosom kita kan terdiri daripada X dan Y…dan kromosom Y yang menentukan anak itu adalah lelaki(hehehe jahilnya aku..tue la kurang membaca lg)…Semasa ana layari internet tb ana terbaca tajuk mengenai GENERASI Y (dapat membetulkan pemikiran ana mengenai GENERASI Y,,hehehe)..itu dinamakan menuntut ilmu hanya dihujung jari..takleh bagi alasan menuntut ilmu itu susah…tapi ingin mendapat kejayaan sukar sedikit..dalam kita mencari kejayaan banyak imtihan daripada ALLAH…ini adalah untuk menguji keimanan kita..ALLAh tidak mahu membiarkan hambanya dalam kealpaan….takut-takut jika hidup kita bergelumang dengan kesenangan akan lupa kita kepada NYA..ish bahaya…ok berbalik pada tajuk kita apa itu GENERASI Y…petikan ini ana copy past aje..hehehe..selamat membaca…

1. Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:

1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z


1 Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.

2. The Baby Boom (lahir antara 1946 - 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964.
Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi
selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan
kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang.Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung
kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan“The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.

3. The Baby Bust (lahir antara 1965 - 1976)
Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak.Terma “the baby bust” , istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”,Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.

4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 - 1997)
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang)
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 10 tahun.


Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:

* Pre-Baby Boom (63 tahun ke atas) - 4%
* The Baby Boom (45 hingga 62 tahun) - 16%
* The Baby Bust / Gen X (32 hingga 44 tahun) - 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (11 hingga 31 tahun) - 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 10 tahun) - 38%

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 32 hingga 44 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.

Generation Y, also known as The Millennial Generation, is a term used to describe the demographic cohort following Generation X. Its members are often referred to as “Millennials”. There are no precise dates for when Gen Y begins and ends, but usually it is between the late 1970s and early 2000s, with the average definition given being about 1980 to 1995.[1][2] Generation Y has been referred to as the offspring of the Baby Boomers, Generation Jones, and Generation X cohorts.

0 comments:

GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template