Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Wednesday, June 24, 2009

Tag dari adik ain..(";)..

0 comments
salam...syukran ya dik...oooooo balas balik ea..hehehehe..takpe2 sistem barter..AMAL ISLAM 100%..insyaALLAH...dan perjalanan itu memang memenatkan...dan perjalanan yang diredhai..kepenatan akan bertukar menjadi kemanisan diakhirnya...^^

Saturday, June 20, 2009

Buat CS@##

3 comments

Dengan nama Allah Yang MAha Pemurah Lagi MAha Mengasihani

Assalamualaikum Wbt….saya buat posting nie khas untuk COURSEMATE saya.. CS@##..hehehe nak taw ape code course saya tekan la (shift+symbol yang saya tulis tue) senag aje…saje nak wat kerja banyak..huhuhuh

Sape la saya di alam semesta dan di dunia ini tanpa PENCIPTA nya…sape la saya di dunia nie tanpa orange yang melahirkan saya..IBU SYA TERCINTA..sape la saya di tempat saya berpijak dengan kelengkapan pakaian, tempat berteduh dab sewaktu dengan nya tanpa seseorang yang bergelar BAPA..sape la saya tanpa KASIH DAN SAYANG saripada ibubapa..sape la saya di bumi UITM tanpa didikan dan kasih sayang daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah dan ibubapa saya yang mendidik saya dari kecik sampai la sekarang…sape la saya tanpa sahabat-sahabat,rakan-rakan, dan kawan-kawan saya yang sering memberi semangat...dan SAPE LA SAYA DALAM CS@## TANPA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SAYA YANG SAYA SAYANGI…

Describe about CS@##

M for mimie..huhuhuh.. M for multimedia

Terima kasih banyak2 ye korang semua banyak membantu kita dalam semua subject..especialy subject yang killer2…huhuhuh…(pembunuh ke subject tue..kesian subject tue dituduh)…kita seronok bersama korang semua…even masa sem1 awal-awal masuk kita rasa boleh ke sekepala ngan korang..hehehe..walaupun kepala kita berlainan..alhamdulillah..Allah dah menyatukan hati kita untuk bersama-sama berjuang dalam course yang sama…erm…

Kepada rakan-rakan yang telah berjaya mengharungi final exam for sem2 dan telah mendapat keputusan baru-baru nie…TAHNIAH….jom kita tanam dan semai bersama azam baru untuk sem 3 akan datang…INSYAALLAH….dengan berkat usaha kita bersama..manis nye kejayaan dan kegagalan yang kita akan perolehi bersama nanti…^ ^….

“Perumpamaan teman yang shalih dengan yang buruk itu seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Berkawan dengan penjual minyak wangi akan membuatmu harum, karena kamu bisa membeli minyak wangi darinya, atau sekurang-kurangnya kamu mencium bau wanginya. Sementara berteman dengan pandai besi akan membakar badan dan bajumu, atau kamu hanya mendapatkan bau tidak sedap.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Akhir kata, MAJU CS@## untuk UITM….hehehhehehe

Sajak untuk anda semua..

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,

Serpih demi serpih ia punah,

Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.


Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,

Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.


Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.


Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.


Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,

Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.


W’salam


Friday, June 19, 2009

14-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-11)

0 comments
continue.....


UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".

H.R. Bukhari Muslim


Penerengan
Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-­orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka.

istanna.....

Wednesday, June 17, 2009

Salam Ta'aruf Salam Ukhwah Salam Perjuanagn

4 comments
Kenalan yang tidak pernah bersemuka menemani ketika waktu cuti..syukran jazilan sahabat-sahabat sekalian…walaupun berkenalan dengan hujung jari sahaja..hehhehe…semoga ukhwah fillah yang terbina akan berkekalan..dan insyaALLAh satu hari ALLAH akan pertemukan kita semua dalam rahmatNya……senarai dalam gambar tue adalah sahabat-sahabat yang kenal melalui internet ada dari grape nasyid, dan daripada blog-blog mereka yang mantap..dan ade juga dari ym..yang menemani ketika diri ku dikunjungi rasa kebosanan sewaktu bercuti dan menunngu untuk memasuki sem 3….syukran jazilan ye sahabat-sahabat sekalian….


Sewaktu cuti computer la menjadi teman ku…pagi, tengahhari mahupun malam,,,,tak kira klu boring computer la tempat ku lepaskan keboringan itu..tak lama lagi sem 3 akan ku redahi dengan azam baru..FSKM WAIT FOR ME!!….I’LL COME BACK WITH NEW AIM..…..insyaALLAH dapat jumpa ngan sahabat-sahabat yang dirindui….bumi uitm fuh!!...penuh dengan cabaran…duniawi sume tue…hehehehe..^-..

Ok akhir kata dari saya ..
“Sukarnya mencari kemanisan dalam perjuangan kerana kemanisan itu akan terasa apabila pengorbanan disulami dengan ukhwah keranaNYA. Niainya nikmat ukhwah…ukhwahlah pengikat segalanya. Tapi, mengapa apabila ukhwah sudah bertaut, perpisahan dating bagaikan kilat menghancur impian yang didamba. Tapi, siapa tahu, mungkin itulah yang menguatkan lagi ukhwah yang telah terbina. Mungkin itulah wasilah untuk kita buktikan bahwa jambatan hati kita tidak akan roboh & akan teguh selamanya..insyaALLAh….”

Doakan saya yek...kita doa kejayaan kita bersama...insyaALLAH...(";)..
assif jiddan jika ada terkasar bahasa....:-(

Tuesday, June 16, 2009

HARI yang sama ORANG yang sama

0 comments
Siapa yang paling kamu sayang...
  1. Eeee.....soalan kbkk tue k.fida..,,huhuuhuhuh...Alhamdulillah masih lagi my luvly parents...abah yang macho dan ma yang comei..hehehhe..walaupun garang...tp berjaya mendidik anak-anak mereka yang degil..especialy ME...^^ dengan seimbangnya....LUV UUUUUUUUUUUUUU...........
Ape impian hidup kamu...
  • menjadi org yang berguna...tp bukan sekadar berguna aje..orang yang boleh megubah sesuatu kearah yang sepatut nya..insyaALLAH...yang penting semua impian saya dengan niat kerana ALLAH...MATI DIJALAN ALLAH MATLAMAT TERTINGGI
Suka Tak dapat AWARD nie...
  • Ya ALLAh kak...kalau akak ade depan saya...saya dah bagi BIG HUGE taw....hehehehe...dah comei award tue...ade budak kecik ag....nanti saya wat award letak gambar akak...SPECIAL FOR U K.FIDA,,,heehee..(tp gambar akak pun saya takde..hhee)
the end.....-^

Hehehehe...Alhamdulillah...

0 comments


Salam....saya dapat award ag...heheeh..syukran kak fida...(";)..appreciate sngat!!...saya pilih award nie coz comei...ada rama-rama lagi...yang lagu satu tue comei juga..nak amik dua2 tp tamak la pulak

Let we answring the question..

-Describe about da sender
  • erm...describe...kene wat karangan nie..saya kenal kak fida melalui ym..seorang yg friendly
  • spirit of mujahidah
  • pada saya die seorang yg penyanyag
  • suka akan kumpulan "edCoustic"
  • sudah bekerja...."nanti belanja adik ye"...
  • blogger yg mantop...http://www.fidali.blogspot.com/...
  • blog yang cute
  • seorang yg kelakar kot...sya tak pasti..tul ke kak??
- 10 meanigs of luv

  • luv FILLAH
  • cinta berlandaskan hati...hati berlandaskan iman dan taqwa
  • pancaran naluri
  • Cinta yg ditumbuhkan oleh factor keimanan, maka akan menghasilkan berbagai hal yg mengagumkan. Dapat mengubah sejarah, menegakkan puncak kejayaan dan kemuliaan dunia. Sebagai contoh adalah kehidupan generasi muslim pada masa dahulu.
  • cinta boleh menyebabkan seseorang itu sakit ataupun sihat...cinta yang sihat berlandaskan iman dan taqwa
  • cinta pada manusia, manusia akan mati
  • cinta pada bunga, bunga akan layu
  • cinta pada harta, ia akan berkurang dan tidak boleh dibawa mati
  • Cinta pada ALLAH...adalah satu-satunya cinta HAKIKI, cinta yang indah,cinta yang confirm membahagiakan
-5 people dat u wanna meet
  1. k.fida lah..
  2. sahabat-sahabat yg kian berjauhan...di metric,sekolah menengah, sekolah rendah, tadika...dan sewaktu dengan nya....ukhwah tak kan pernah hilang selagi nyawa dikandung badan...luv u all filllah..walaupun dah lost contact jgn kecik atie yee...maafkan saya/kita/mimie
  3. sahabat yang kenal sewaktu cuti sem2 nie melalui ym,gn dan blog...huhuhhuhu...kenalan dihujung jari...salam taaruf salam ukhwah dan salam perjuanagan
  4. sape lagi yek.....klu situasi sekarang..saya nak jumpa sahabat2, coursemate di uitm....kembali ke uitm tak lama lagi!!!!...sem baru, azam baru,..cuma tuan badan aje tak baru...makin lama..huhuhuh..dah tua dah
  5. sape-sape yang saya rasa nak jumpa....RAHSIA!!!heheheheheheh....

Monday, June 15, 2009

DARI KAK MASYITAH COMEi....(";)

0 comments

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI...

Alhamdulillah...Dapat tag ag..hehehe....nie dari k.masyitah yang comei plak...syukran k.masyi...^^...erm tak taw nak tulis ape...ha!..sajak..????...hehehe...sajak nie didedicate kan kepada sahabat pemberi award nie dan kepada sahabat yang akan menerima award nie dari saya tgk list kat bawa nie sape yang terkene..........


Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

Sila ambil award nie jika anda menyukai sajak diatas..hehehe....ikhlas dari saya...

jika nama anda berada di senarai blog list saya..yang gadget tertulis "ke blog lain!!"...anda diwajibkan amik..hehehe zalimnya....amik la ye.. (-^)...dan kepada blogger yang saya kenal tapi tak tersenarai dalam blog list..anda diwajibkan amik juga..hehehe..jangan kecik hati coz alamat blog anda berada dalam hati dan ingatan saya..^^..insyaALLAh....selamat bertag yek...huhuhu

13-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-10)

0 comments
continue.....

BAHAYA KEMEWAHAN

Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".

H.R. Termizi

Penerangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)". Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Bermegah-megah telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. [Surah Al-Takathur:1-2]

Dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu pada waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. [Surah At Taubah: 25]

will be comtinue....

Saturday, June 13, 2009

12-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-8)

0 comments
continue....
PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Ertinya:Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
H.R. Hakim

Penerangan

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya. Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!


إِنْ تُصِبْكَ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكَ مُصِيْبَةٌ يَقُوْلُوا قَدْ أَخَذْنَا أَمْرَنَا مِنْ قَبْلُ وَيَتَوَلَّوْا وَهُمْ فَرِحُوْنَ“

Jika kamu mendapat suatu kebaikan, mereka menjadi tidak senang karenanya. Dan jika kamu ditimpa oleh suatu bencana, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami sebelumnya telah memerhatikan urusan-urusan kami (tidak pergi berperang),’ dan mereka berpaling dengan rasa gembira.” (At-Taubah: 50)

istanna......

Friday, June 12, 2009

Alhamdulillah...Hanya ALLAH pemberi rezeki kepada hambanya

1 comments
gambar nie dapat dari kak fida kenalan dari grape nasyid..syukran kak..tiada siapa yang mampu mendengar rintihan bayi nie...Hanya ALLAH yang mampu mendengar mentafsir nya(As-Sami')

11 june 2009...tarikh di mana result final tuk student uitm student kuar..saya dapat tahu tarikh keramat tue dari cousin...dan tahu pukul berape tahu daripada kenalan dari grape nasyid...fuh dub dab jantung bile nak chek tue...5.45..sya buka buka internet...login kat student portal..dan seterusnya...tgk..HARAF MAAF result tgh d kemaskini...camtu kot die tulis...erm..punah harapan....dalam kul 7 lebih...coursemate Nabila bagi msg...."check result kt mini transkrip"....masa solat magrib tak khusyuk jadi nya pikir tentang result..ish.....lepas selesai solat...terus on laptop....mcm biasa login dan seterusnya....klik kat mini transcrip...huh! debar..masa nak tunggu dapat excess...ting!!!dah kuar page result..sye roll slow2 mouse....sy tgk sem 1 punya result...then roll lg..dah nampak sem2 punya result..tp bru subjek pertama...roll lagi...erm...ade satu subjek saya tak sangka boleh dapat keputusan macam tue..alhamdulillah sangat2...roll lagi...bayangkan punya slow saya roll...hihihi..ting!!!GPA:???...CGPA:???....heheh rahsia...alhamdulillah...saya tersenyum..sedih ade juga...biasa manusia tak puas dengan ape yang ade....knp tak leh dapat lebih lagi...saya terus jumpa ayah...ala..tgh semayang sunat...nak jumpa ma...tgh berbual ngan cousin....erm..tunggu aje la..dalam 10 minit jumpe balik ayah sya.."abah mimi dah tgk keputusan...same macam sem lepas"...dan seterusnya...tp before tue akak saya dah taw dulu...ma aje belum taw lagi.erm...dalam kul 9 lebih baru ma abis berbincang ngan cousin...baru saya bagi taw...ma saya tersenyum..
syukran ma dan abah bantu mimie dalam perjuangan nie...tidak lupa pada along dan kak salwa yang menggantikan tempat abah dan ma masa mimie di uitm..banyak sangat membantu,,,syukran jazilan..LUV U FILLAH.....Hanya ALLAh dapat membalas jasa kalian...
Mutiar Kata
“Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan” (94:5-6).
MEBURU KEJAYAAN TIDAK SEPERTI MENJAMU SELERA DI KEDAI MAKAN; MAKAN DAHULU BAYAR KEMUDIAN. MENBURU KEJAYAAN UMPAMA MENANAM POKOK BUAH-BUAHAN. TANAM, JAGA DAN NIKMATI HASILNYA KEMUDIAN.
~OSMAN AFFAN~

ILMU ADALAH HARTA KEPADA SI MISKIN , ADALAH KEHORMATAN BAGI SI KAYA , ADALAH KENANGAN DI HARI TUA .

JADIKAN KEYAKINAN SEBAGAI PEGANGAN HIDUP , DORONGAN SEBAGAI TEMAN SETIA , PUTUS ASA DIJADIKAN MUSUH DURJANA , DAN JADIKAN TEKUN DAN USAHA SEBAGAI TANGGA KEJAYAAN

BERIMAN DAN BERILMU SUMBERNYA IALAH ILMU . ILMU DIPEROLEHI DENGAN BELAJAR . TIDAK ADA IMAN KALAU TIDAK ADA AMAL , DAN TIDAK ADA PULA AMAL KALAU TIDAK IKHLAS
- HUKAMA’-

ADA EMPAT TANDA – TANDA ORANG YANG BERAKAL : CINTA PADA ILMU , TIDAK BERUBAH MUKANYA WAKTU MENERIMA UMPAT DAN PUJI , BAGUS JAWAPAN DAN BANYAK BENARNYA

EMPAT TANDA KESEMPURNAAN : ILMU DENGAN MANFAAT , AGAMA DENGAN TAQWA , AMAL DENGAN NIAT SERTA KEMULIAAN DENGAN KELEBIHAN . - ZAHID -
o ORANG YANG BERILMU ITU SELALU MENANG DALAM

Thursday, June 11, 2009

Kene Tag..hehehe my first tag

0 comments
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hehehe...first time kene tag..syukran jazilan YANI.mula-mula saya tak taw nak wat ape...pernah sy buka blog org then bace tag diorg...erm takpaham ape permulaan nye sebenarnya....heheheh...then hari saya dapat tag dari habibi ukht (yani)...syukran jazilan yani...kebetulan kenalan ym ade...saya tanya die...(syukran ya ukht jameelah-mas)..buta it sy nie.....ok let we go to answer the first tag...uhhuhhu

1-Copy this award and place it at your blog







2-Give 5 interesting facts about the giver..

  1. Mempunyai kekasih di kolej (yukito nama nya)---seekor kucing

  2. Berspekmata warna jiwang (pink).....heheh jgn marh yani...joking...warna pink melambang kan mempunyai hati yang lembut,sensitif,mudah bersimpati dan sewaktu dengan nya...

  3. Seorang JPK di kolej Mawar....komitmen dengan tugasannya....

  4. Nampak garang diluaran.....(sebelum mimi kenal yani...mimi ingat yani nie garang)..hehehe sory...tp sebenarnya lain...wan to knw make urself close with her..

  5. seorang blogger yang mantop...

3-give 10 things about yourself

  1. anak bongsu daripada 4 siblings

  2. suka lasak dari kecik...ye ke???bayang kan ayah belikan kereta kawalan jauh..then tak sampai seminggu...kereta tue telah dioperate oleh dokter tak bersijil..hehehe saya la tue..tp saya berjaya pasang balik then kereta tue berfungsi seperti biasa...ihihihihi

  3. seorang yang pemalu....hehehe.....betui ke sahabat-sahabatku dan kenalan2 ku...dan seorang yang suka ketawa..hehhehehe....tak taw ikut sape..ayah kot...tapi ayah saya ketawa die cool...tp saya bukan cool dah beku dah kot....huhuhuh

  4. specky.....

  5. PURPLE my favourite color....

  6. the bad things inside me......ermmm...keras kepala..panas baran..i'll try to minimize or terminate it...semoga keluarga, sahabat-sahabat, kawan2 dan kenalan saya dapat membantu saya....

  7. Hamba yang hina dan keji disisi PENCIPTAnya...ISLAM is the BEST WAy for my LIFE..make urself as a TRUE MUSLIM mimie....insyaALLAH...

  8. Sukakan komputer dan sewaktu dengan nya....amik course pun SAINS COMPUTER(MULTIMEDIA)...Belajar di bumi uitm....

  9. Rindukan sahabat-sahabat, kawan2,rakan-rakan dan kenalan terdahulu (sekolah rendah,menengah, ILP,metrik....) dan sekarang bercuti rindukan sahabat di UITM..i miss u ALL

  10. Suka pakai masak aje....janji boleh makan..huhuhuh

4-Give this award to 4 bloggers lain

  1. Hafsah yang sentiasa di ingati...(";)
  2. ukht jameela..masturah
  3. Kak Fida..
  4. Adik ain..

Tuesday, June 9, 2009

Cinta dan Keikhlasan

3 comments

CINTA DAN KEIKHLASAN HANYA KERANA AL-WAHAB (MAHA PEMBERI)

Dua perkataan yang bermain difikiran..perkataan tu mula berlegar-legar di fikiran sewaktu aku membaca sebuah novel bertajuk “Mukjizat Cinta”…cerita nie best..kadang-kadang boleh menitiskan air mata..kadang-kadang rasa diri ini jahil..dan kadang-kadang rasa diri ini serba kekurangan disisi ALLAH. Tapi tak abis baca lagi novel nie..hehehe… Kepada sesiapa yang pernah baca novel nie..akan terperasan ayat-ayat yang saya tulis sama dengan ayat dalam novel tersebut. Saya cuma tokok tambah aje hehehe..


“Wahai Tuhan ku jika aku menyembahMu kerana ,menginginkan syurgaMu,maka masukkan lah aku kedalam nerakaMu. Jika aku menyembahmu kerana takutkan nerakaMu,maka masukkan aku kedalam nya”..(doa Rabiah Al-Adawiyah)

Ya Allah wujudkanlah perasaan CINTAku pada Mu mengalahkan segala yang ada di bumi ini. Dengan adanya cintaMu itu aku bersujud kepadaMu tanpa mengharapkan pahala dariMU. Dan dengan cinta ini lah aku redha dengan ujian yang menimpa diri ku..

Analogi..jika kita mencintai atau menyayangi seseorang dengan sepenuh jiwa raga dan melakukan sesuatu untuknya. Adakah kita akan meminta bayaran darinya?..

Demikian juga dengan keikhlasan..muamalah sesame manusia, kita mesti melakukan dengan penuh keikhlasan. Seperti kita melakukan sesuatu untuk sahabat kita, kita akan berusaha membantu sahabat kita dan melakukan apa sahaja permintaannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Yang penting adalah untuk membuat hati sahabat kita gembira dan setiap usaha kita diredhai ALLAH. Secara tidak langsung hati kita turut gembira..



Jadi kita sebagai hamba ALLAH…dambakanlah dan peliharalah CINTA dan KEIKHLASAN dengan sepenuh jiwa raga hanya kerana ALLAH.

Pada saya fokus orang yang ikhlas hanya satu, yakni bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah. Jujur dalam berkata-kata, tulus dalam beramal ibadat, dan lurus dalam berniat adalah buah dari hati yang ikhlas.

AKHLAK GENERASI...

3 comments
Petikan dari Berita Harian
TOKOH ulama terkenal, Prof Dr Yusuf Al-Qardawi berkata: “Apabila kita hendak melihat wajah rupa negara pada masa hadapan, lihatlah pada generasi hari ini. Sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan mereka yang berakhlak dan berhemah tinggi, maka tentunya negara pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman dan makmur. Tetapi jika keadaannya adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang bakal menimpa.”

Hari ini dunia diledakkan dengan pelbagai gejala yang mencetuskan seribu kebimbangan antaranya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda terutama pada golongan muda. Ia masalah besar kepada negara dan menjadi ancaman boleh menggugat kestabilan serta keharmonian masyarakat.

Sedangkan Rasulullah SAW pernah berpesan melalui sabdanya yang bermaksud: “Lengkapilah anak kami dengan adab susila dan perbaikilah adab mereka.”

Statistik menunjukkan kes gejala sosial banyak membabitkan umat Islam Melayu berbanding bukan Islam. Antaranya buang anak, buang ibu bapa dan makan anak. Begitu juga gejala gangsterisme dan peras ugut di sekolah. Namun, kemunculan masalah itu tidak boleh dipersalahkan kepada pihak sekolah semata-mata kerana sekolah hanyalah sebuah institusi pendidikan kedua manakala rumah institusi pendidikan yang pertama dan terawal.

Penjagaan dan pembesaran anak adalah tanggungjawab yang mesti dipikul ibu bapa. Allah menegaskan melalui firman yang bermaksud: “Allah telah mewasiatkan ke atas kamu mengenai anak kamu.” - (Surah an-Nisa, ayat 11)

Allah menurunkan al-Quran kepada Rasulullah SAW lengkap dengan pengajaran, adab kesopanan dan akhlak yang luhur. Oleh itu, akhlak dan moral dalam pendidikan tentunya bersaling kait dengan sistem hidup Islam itu sendiri. Hanya sistem yang didirikan atas paksi tauhid mampu membentuk satu dasar akhlak yang luhur dan tulus. Dari Mu’az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa Allah mengelilingkan agama Islam dengan budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik

........


Rosak atau tidaknya akhlak anak bergantung kepada sejauh mana baik atau buruknya didikan diterima mereka. Sebagai ibu bapa serta masyarakat keseluruhannya tentu mengharapkan anak atau generasi hari ini menjadi generasi pewaris yang berpedoman, bermaruah dan berakhlak.
Buluh untuk dilentur biarlah dari rebungnya. Mengira biarlah dari awal, mendaki dari bawah atau membaca dari alif, kecil terajar-ajar dan besar terbawa-bawa.

Apabila rebung sudah menjadi buluh segala-galanya sukar untuk dilentur. Apapun, sebagai ibu bapa harus berusaha membimbing serta membentuk peribadi anak yang bakal mengisi kehidupan pada zaman serba cemas dan mencabar ini.

..........

Panas aje bila tengok golongan begini...tapi nak salah kan siape yek??ibubapa??kerajaan??kawan-kawan mereka??erm saya pun tak pasti..tepuk dada tanya masyarakat...kepada yang bakal melahirkan, sedang atau sudah melahirkan generasi (cahaya mata)..didik
lah anak-anak andadengan acuan berlandaskan akhlak yang sebenar-benarnya (akhlak islamiah)

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar h
ati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.



Sabda Rasulullah s.a.w :
" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".
Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Akhir kata "Anak Solah Merupakan Idaman Ibu Bapa ".

Monday, June 8, 2009

11-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-37)

0 comments
continue...

BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., “Bilakah akan terjadi hari qiamat?”. Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya”. Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu”. Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, “Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?” Lalu Arab Badwi itu menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah”. Maka Nabi saw. bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat”. Arab Badwi ini bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu”? Nabi saw. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat”.
H.R Bukhari

Penerangan
Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.



will be continue..

Saturday, June 6, 2009

Ku mengingati saat bermanja denganmu..

0 comments
salam...posting nie adalah berkaitan dengan Nenek sy yang telah kembali ke Rahmatullah...tp nie bukan sya karang tp makcik ( panggil BUSU) anak terakhir...bile sy baca posting die..berjujuran air mata keluar..I MISS n LOVE u grandma...hanya doa dapat cucumu kirim...


(busu ana yang karang)..baru lg pada 6 Jun 2009
Ape yang kurase dan kuingati dan kurindui..... Aku dilahirkan pada 17 June 1973. Tanpa ibubapaku, aku tak kan lihat dunia yg tersergam luas dan indah.......thanks mak abah....sedih bila ingat mak abahku Allahyarhamah Hjh. Arfah Bt Hj. Omar dan Allahyarham Hj. Abdul Samad....aku bangga menjadi anak mak abah, mak abah mmg HEBAT kerana melahirkan 16 orang anak melihat dunia yg singkat dan hanya sementara ni.Pengalamanku bersama mak abah tak boleh ku lupakan dr aku kecil hingga aku dewasa......rupanya aku anak yang ke 16 dan bongsu...tatkala ibuku berumur 42 tahun semasa melahirkan aku....thanks mak! Aku dpt merasakan kasih sayang mereka sehingga kini, bukan hanya kerana anak bongsu TAPI apa yg penting pengalaman pahit, manis, indah dan suka duka bersama mak abah......Ternyata ibubapaku mmg tegas especially ibuku......Dr kecil aku dibesarkan 100% hidupku bersama mak abah tanpa ada pengasuh, mak abah melayan karenah ku dan akui mereka sayang sgt pd ku sbb aku anak yg bongsu dan masih kecil......Tapi apa yg kurase semasa kecil, aku lebih akrab dgn abah, kerana abah kurang garang......wlupn aku tau mak sayang pd aku gak, cuma bezenya dg mak, seku selalu kena marah even basuh pinggan pecah pn, kena marah, sidai baju senget, kena marah, mmg marah mendidik tp kdg2 aku takut dgn mak, abah sentiasa menyebelahi aku, tq abah....sehingga aku masuk ke sek men, mak maintain garang......aku pn dpt merasai bhw mak ms tu lebih rapat dgn abg atasku.....mmg kerap kita dgr "IBU RAPAT DG ANAK LELAKI, AYAH SERASI DGN ANAK PEREMPUAN", tp aku tetap sayangkan mereka berdua sama banyak........pada tahun 1988, satu berita sedih yg tak dapat aku lupakan, abah meningga dunia pd 14/03/1988, aku menangis teramat sedih masa tu, abah tersayang dh takde.....aku mcm tak sangka di klgan org yg aku sayang, abah org pertama pergi dulu meninggalkan dunia dan aku..........sbb dr dulu aku tak pernah merasa kasih syg datuk dan nenek di kedua2 belah ibubapaku....sbb masa tu abah merupakan org pertama yg aku amat syg pergi meninggalkan aku....abahhhhhhhhh!!!!!! Abah mengajar aku erti PENDIDIKAN dan DISPLIN HIDUP sepanjang hayatku, byk ilmu dan sikap positif aku belajar dr abah........miss u so much abah.... Selepas abah meninggal, aku rase perit sgt hidup tanpa abah, bila kena marah dgn mak, aku takde tpt mengadu......sedih je masa tu.......15 tahun sahaja aku hidup bersama abah....AL-FATIHAH! Selapas itu, aku dibesarkan sepenuhnya oleh mak, even mak garang, tp aku dpt belajar skit demi skit cara mak.......mak tegas, displin dan cerewet dlm byk hal, amik masa utk tackle hati mak, orgnya direct....aku terus cuba memahami sikap mak, walaupn garang tetapi aku amat sayang pd nya, ibuku yg melahirkan aku. Sepanjang dibesarkan dgn mak, aku kdg2 rase bersaing dgn abgku, aku kene lebih jg hati mak, klu tak aku kena marah, kena rajin tolong ke dapur dan mengemas, mmg byk bersama mak kan. Sampai satu tahap, aku rase aku semakin serasi dan semakin akrab dgn mak...sehinggalah semua adik beradikku kawin, aku antara anak yg paling lmbt kawin......dugaan gak utk ku!!!!namun aku rasai mak amat syg pd aku sbb mak hanya tinggal membujang dgn aku....aku semakin mengenali hati budi mak......Selepas aku habis belajar, aku bekerja di kampung......masa tu aku dpt lg merasai kegarangan mak. Hujung tahun 2001, mak mula menghidap penyakit angin ahmar....sedih sgt2, mak tiada suara, maybe ada hikmah disebaliknya, aku fikir positif!!!!aku kesian tgk mak tanpa suara, ssh gak nak berinteraksi kami anak beranak......ms tu pn mak masih grg.......Masa aku bekerja di kg, mak suka sbb aku tak dok jauh dan boleh duduk dgn dia........skit2 leh bantu dia or bwk dia jln2......Alhamdulillah...aku mula bekerja tahun jan 2003-Mei 2006 aku dok di kg.....terlalu byk kenangan aku bersama mak....mmg aku tak dapat lupakan sampai kini......mak mengajar aku erti kesabaran dan dlm garangnya penuh didikan, aku sayang sgt kat mak......kdg2 aku terfikir, mcmana mak bila aku dh kawin.....sure dia memberontak nak ke sana kesini ke rumah anak2....sampai masa aku kawin pada tahun 10 Mac 2006, mak aku menunjukkan reaksi yg amat suka dan gembira di hari kawin ku, mmg hr yg dinntikan, mak risau yg aku tak kawin2 sampi umurku jejak 33 tahun, baru nak kawin. Tetamu yg dtg semua tgk mak ku even uzur tetapi npk bersemangat dan sihat di hari perkahwinanku, semangat nak mengahwinkan anak even mak ms tu uzur.......sayang mak!!!!! Selepas aku kawin.....aku tgk mak mcm tak nak berpisah dgn aku, aku dpt rasekan ketekanan jiwa dia masa tu.....maybe dia tau, aku akan pergi dr rumah........sewaktu aku bersama mak, mak mmg harap sgt2 aku duduk kg dgn dia dan jaga dia.....TP apakan daya, kita hanya merancang, ALLAH yg menentukan, aku nak jadi anak yg terbaik utk mak, tp aku terpaksa ikut suami ke KL........mak mcm dlm keadaan pasrah melepaskan aku.......aku sedih nak berpisah dgn mak masa tu, aku pn rase ape yg mak rase.......I LOVE U MOM........Aku yakin adik beradikku di kg dapat menjaga ibuku dgn baik, aku akan menjenguk mak diwaktu hjg minggu klu tak keje, setiap kali blk, sure aku menangis tgk mak dan kdg2 tahun tangisan tu, tak nak mak tgk, rindu sgt kat mak, dan tak nak adik beradik anggap mak syg sgt kat aku, aku kena NEUTRAL dan akan bwk mak ke rumah ku bila time cuti especially cuti sek hjg tahun........Sepanjang bwk mak kerumahku, aku bekerja full time jaga mak, lg pn mmg Allah belum kurniakan anak dan zuriat utk ku.......masa tu aku anggap mak mcm anak aku sendiri kerana sikap dan perangai mak telah berubah hari demi hari, aku dpt rasekan.....mak dh lain, dh tak memberontak, klu dulu dia tak nak ke sana kemari...tp skrg mak dh fhm anak2 dan dh byk senyap dan byk ikut apa yg anak2 rancangkan......kesian mak!!!!ikut hati dia, mmg mak nak dok umah dia........tp pengalaman aku, bila bwk mak blk raya ke rumah mak, sure mak tak nak kuar umah, 2 tahun mcm tu, kesian sgt nak pujuk mak......sedih aku tgk mak.......maafkan org mak!!!!!!! Ape2 pn anak mak ni tetap syg kan mak.....sentiasa doakan yg terbaik utk mak...apa yg mamp, orang akan tolong mak.........Aku dpt rasakan keakraban mak dgn aku especially masa mak kat umah aku, Alhamdulillah Allah temukan aku jodoh dgn suami yg memahami aku dan sayang mak mcm mak dia.........sepanjang duduk di rumah aku, aku dan suami amik masa akan teman mak sepanjang masa, diwaktu makan, mandi dan di waktu tidur terutamanya.....mak mmg suka anak2 dia temankan dia tidur....supaya dia tak rase kesunyian bila tidur. Sbb aku selalu perasan mak akan selalu berjaga di waktu malam.......mak dh tak terdaya dgn sakitnya.....ape2 yg dibuat kena bantu.....mak ceria dok di rumah ku, itu yg aku sgt suka dan happy.....kebetulan mmg Allah tak blnm nak kurniakan aku zuriat, maybe ada hikmahnya, supaya mak masih boleh bermanja dgn aku....sbb tu samapi satu tahap aku anggap mak dh mcm anak aku, jaga dia dh mam anak aku, setiap kali pergerakan dia kena tgk, especially ke tandas...rindunya mak!!!!!!aku takut mak terjatuh, aku kena pastikan mak makan even skit dan makan ubat dan aku kena pastikan mak dalam keadaan bersih supaya npk dia selesa, pampers bertukar ganti, or aku kerap bwk mak ke tandas....ape2 kena bantu......kesian aku tgk mak...... Suami aku mmg assistant yg byk membantu....Alhamdulillah.Klu aku penat, dia akan temankan mak, berbual dgn mak......Aku suka berbual mesra dgn mak, mak mmg perlukan gurauan anak2 supaya hati dia happy dan bt dia ketawa. Sepanjang di KL, aku bwk dia jln2 ke johor, pi umah kak echa dan ajak kak echa dtg, masak2 kuih utk makan dgn mak......Bila tetamu dtg umah, mak mmg suka.......drpd mak suka tidur sehinggakan dia tak suka tidur....mak dok dgr kitaorg berbual.....suka mak...ketawa dia...Alhamdulillah. Mak even uzur tp dia mendengar setiap apa perbualan anak2 dia.....sbb tu lah aku berusaha bercakap yg elok2 dpn mak, tak nak mak sedih, biar mak suka dan ketawa......aku sayang mak......ini hari mak, mana tau esok2 hari kita........Pada 12/02/09, Khamis mlm jumaat, mak meninggal dunia selepas balik dr hospital.....alangkah sedihnya aku masa tu. Aku dh dpt merasakan kelainan mak sebelum tu, sebelum mak masuk hospital, sewaktu aku balik kg masa tu kat umah kak zizah........mak dh btl2 lain...setiap perbualan.....dia tak tunjuk reaksi...aku sedih sgt2 masa tu.....badan mak dh tak bermaya....aku takut sesuatu berlaku selepas ni.......pada 08/02/09, aku mandikan mak bersama kak maryam dan kak ecah sebelum kami balik di rumah kak zizah, masa tu mak betul2 tak bermaya...YA ALLAH, sedihnya aku tgk mak....kami menangis mandikan mak masa tu guna kerusi roda.....kesian mak........masa tu aku takut nak terima kenyataan. Sebelum aku balik, aku cium mak puas2, minta ampun dan maaf pd mak, aku masa tu dh rase lain betul mak...mcm mak dh tak lama lg jer....takutnya aku.....tak tentu arah perasaan aku masa perjalanan balik aku ke KL....sedih dan sayu sgt tgk mak dh mcm tu.......aku tetap berharap mak boleh lg survive......Sampai umah, aku menanagis sahaja, suami aku naik risau, keesokan hari 09/02/09, aku tak boleh nak ke sek, aku MC, hati aku masa tu tak tentu arah ingatkan mak....aku bg tau suami aku nak cuti jer........emosi tak stabil masa tu......Aku sms kak zizah, abg mamat dan abg ghaim...klu mak tak larat, better bwk mak pi hospital.....kita hanya berusaha......Allah yg mentukan ajal maut kita.....takut nak biarkan mak sakit mcm tu jer.....Mlm 09/02/09 after sms aku, kecoh gak kg.....abg mamat pn jd tak tentu arah.......aku call abg ghaim, minta tolong abg ghaim bwk mak pi hospital, call ambulan......Alhamdulillah, abg ghaim usahakan......thanks abg ghaim, ko mmg byk membantu,..........Aku bergegas balik terus ke kg terus ke hospital mlm tu juga.....selepas ambulan tiba, aku sempat dok jumpa mak.......sedih sgt2 masa tu.Mak duduk di wad 3 mlm 4 hari dlm ICU.......mak tak sedar tak mcm hari pertama.......aku jd makin gelisah.....aku sentiasa berdoa dan berdoa.......semoga mak kuat melawan penyakitnya......Tp apakan daya khamis mlm jumaat, kul 7.27mlm mak meninggal dunia di rumah abg mamat, selepas dibawa dr hospital........Dr hospital lg kami anak beranak dh ajar mak mengucap, bacakan ayat2 al-Quran dan dok dkt dgn mak.......sedihnya tgk mak masa tu......doktor kata takde harapan dan perlu dibawak balik ke rumah....masa tu aku rase dunia aku dh makin gelap........MAKKKKK!!!!!! Sepanjang perjalanan ke kg, mak dibawa oleh ambulan, bersama doktor, aku dan fandi.....kami tak putus sebutkan kalimah "ALLAH" di telinga mak dgn bantuan pernafasan yg dipam oleh doktor.....masa tu lg aku sedih sgt2 sbb npk pergerakan npk mak makin teruk....sampai memancut2 darah berair kuar dr hidung mak......sedihnya aku masa tu...rase terseksa aku tgk......mak dh nak pergi, dh dpt rase malaikat maut dh menghampiri mak.........tepat kul 7.27malam mak meninggal dunia......kami semua anak2 sedih tak terhingga.......mcm tak percaya pn ada.........aku menangis sgt2 tapi aku cuba mengelakkan air mata jatuh ke atas mak......rupanya aku flashback balik, pagi khamis di hospital tu aku last mandikan mak, temankan mak, lap badan mak dan temankan mak tido di hospital wlupn mak tak sedar...sayu aku ms tu......biarlah aku cuti seminggu pn.....aku tak kisah.....janji saat2 akhir, aku ada dgn mak.......makkkkkkk!!!! aku betul2 terasa skrg kehilangan mak......tp apa yg bermakna dlm hidupku yg tinggal skrg adalah kenangan indah bersama mak dan menjaga mak abah tatkala sakit...........aku bersyukur Allah memberi ku peluang merasai nikmat menjaga org tua even sekejap, itu adalah harta paling bermakna.....Ape2 pn kita kena ikhlas......bukan untuk menunjuk2 atau menuding jari..........Allah tau saper kita semua dan ibu bapa kita tahu saper kita semua........Semoga roh mak abah dicucuri rahmat.....AMIN....bagi pihak semua, adinda mengucapkan terimakasih kepada semua adik beradik yg sama2 berpeluang menjaga mak selama ini terutama abg mamat, kak kiah, abg mail, abg ghaim, kak enab, kak zizah dll ........hanya Allah sahaja yg dapat membls jasa baik kalian.....AMIN......Selalu2 lah ziarahi pusara mak ayah kita, wlupn mereka jauh dr kita tapi tetap dkt di hati, byk2 kan baca Al-Fatihah dan Yassin sedekah utk mereka........Sayang mak abah...........wlupn kita dia alam berbeza,sentiasa doakan anakanda murah rezeki zuriat mcm mak abah......AMIN.......Doakan kami adik beradik@anak2 mak abah sentiasa saling sayang menyayangi dan hormat menghormati sesama kita......Akhir kata, I LOVE and MISS U SO MUCH mak abah.....................

Thursday, June 4, 2009

10-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-4)

0 comments
continue....
Ilmu Agama akan Beransur-ansur Hilang

Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
H.R. Muslim

Penerangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.


Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya

will be continue.....

Tuesday, June 2, 2009

9- Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-39)

0 comments
continue....


MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
H.R Termizi

Penerangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
will be continue......(";)

8- Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-16)

0 comments
continue....
ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".
H.R. Muslim


Penerangan

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
will be continue ,,istanna....

Mengingati Mati!!

0 comments

Kehidupan anda adalah tarikan nafas yang terhitung jumlahnya (Allah menciptakan semua makhluk di bumi ini telah ditetapkan berapa lama didunia)
Setiap kali tarikan, berkuranganlah bilangan
Kematian adalah pintu, setiap orang pasti akan melaluinya (kematian adalah jalan yang lurus dan pasti dilalui oleh semua manusia)
sungguhpun hanya yang ghaib terdapat di belakang pintu itu

ALLAH berfirman :
"Kullu nafsin dzaaiqatul maut" (setiap jiwa pasti akan merasai mati)
"Kullu man'alaihaa faan" (setiap apa yang ada di muka bumi ini pasti akan binasa)

Dunia_____ Akhirat

50 Tahun - 1 hari
50000 Tahun - 86,400 saat
1 Tahun - 1.728 saat

Dunia_____ Di Akhirat!!!
100 Tahun - 172.8 saat (2.88 minit)
90 Tahun - 155.52 saat (2.592 minit)
80 Tahun - 138.34 saat (2.304 minit)
70 Tahun - 120.9 saat (2.016 minit)
60 Tahun - 103.68 saat (1.728 minit)
50 Tahun - 86.4 saat (1.44 minit)
40 Tahun - 69.12 saat (1.152 minit)
30 Tahun - 51.84 saat (0.864 minit)
20 Tahun - 34.56 saat (0.576 minit)
10 Tahun - 17.28 saat (0.288 minit)

GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template