Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Friday, November 27, 2009

BUAT YANG DISAYANGI...



Asal kita berbeza,
Bangsa dan kaum berlainan juga ataupun sama,
Namun,
Kita berpegang dengan agama yang sama,
Percaya pada Allah yang Esa,
Berdiri dengan kalimah syahadah,
Yang menjadi tonggak pegangan kita bersama.

Dakwah adalah misi kita,
Berjuang adalah pergerakan kita,
Al-Quran dan sunnah adalah petunjuk kita,
Berjuang kerana Allah adalah niat kita.

Biar politik kita berbeza,
Biar gerakan kita lain caranya,
Asalkan,
Niat kita adalah sama,
Sebar Islam demi Allah yang tercinta,
Dan…
Hasilnya mesti baik punya,
Kerana kita berpegang dengan kitab yang sama.

Walau di mana kita berada,
Akhlak dan akal mesti dijaga dan diguna,
Bukan lakukan rusuhan di sini sana,
Beri contoh kepada semua,
Supaya Islam tersebar di serata dunia.

Katanya,
Kita saudara,
Kita keluarga,
Kalau begitu ceritanya,
Jangan ada benci-membenci sesame kita,
Bagaimana Islam hendak tersebar seluasnya,
Kalau kita pentingkan diri sendiri sahaja?
Kita usaha semampunya,
Demi menyebarkan agama yang tercinta,
Salam sayang buat kak jang n k.dila,
Semoga dirahmati olehNYA

bukan mimi buat sajak nie...copy paste n ubah ckit-cikit aje...(";)..
Apa yang penting uhibbukifillah...time kasih kerana memimpin mimie...
"SEMOGA UKHWAHFILLAH MEMBAWA KE SYURGA"

0 comments:

GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template