Man ana??
- slaveofALLAH
- Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.
Monday, January 26, 2015
Habbatussauda' Pengubat Segala penyakit
Sunday, November 27, 2011
~Aku adalah Aku~
Monday, June 6, 2011
Nothing t0 say~~~
Tuesday, May 18, 2010
~Gelombang Facebook~
Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?
Jawapan
Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.
Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.
Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.
Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.
Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net.
Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-
1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.
Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.
2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.
Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?
3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.
Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.
Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)
Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.
Jika dikatakan
"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"
Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.
Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.
Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.
Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.
4) Privacy pengguna facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.
Policy menyebutkan :
"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."
Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.
Selain itu, juga disebutkan :
To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."
Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.
Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.
KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-
· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.
Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.
Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-
a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.
Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.
Sekian,
Sunday, February 21, 2010
Hawa..^^
Hawa,
Hawa,
Hawa…
Oleh itu hawa,
Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
Tuesday, December 8, 2009
Maaf kan daku.....
Sunday, December 6, 2009
Alhamdulillah..akhirnya….
Akhirnya dalam masa 30 minit saya dapat belajar dan menyiapkan 2 ketul ketupat..heheheh.bahagianya rasa hati nie…..dah lama nak belajar tapi sifat malas dan mudah putus asa tue tebal sangat….erm…mimie2x…..
Guru saya ialah ABBYku yang tersayang…semenjak pencen nie ayah saya selalu la ada kat umah… berkebun la kerja routinya…lepas balik dari kedah dan singgah umah abang kat nilai..abang kasi daun ketupat.(lebih open house)..tue yang ayah saya dapat kerja baru tue.huhuhu..MENGANYAM KETUPAT..anak die yang nakal nie menyibuk la sekali…yela tercabar rasa nyer anak perempuan tak leh menganyam ketupat padahal ayah (lelaki) boleh..
“hah, sambil-sambil buat tue zikir subahanallah”..ayah saya cakap…saya tersenyum aje……ayah saya cakap ngayam ketupat nie kene sabar..sebab tue la saya tak putus asa.”DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI AKAN MENJADI TENANG….”(“;)..sentiasalah berzikir kalau nak wat sesuatu (nasihat untuk diri saya n kawan2)..…first2 sekali mesti dapat bentuk kotak…baru lah kemaskan yang lain….berbelit jga nak buat..ingatkan lidah aje boleh berbelit..heheheh
Wednesday, November 25, 2009
Sujud......
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
Hanya mampu sujud
[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
Hanya mampu sujud
Thursday, September 24, 2009
ZIARAH VS MAKAN..
3 syawal, dapat msg dari kawan saya masa form 5,
Ila : salam bdk2 lelaki ajak beraye ari kamis ni.fre dok? Sor far ramai fre..
Saya : salam..kt tak sure lg la ila…nant kt cnfrmkan…ramai bdk prmpuan pi…
Ila: Wslm…rmai kot ppuan g. so far ak, frh, su .ima, myb nad liza xde prob..ain jelah yang xde..jom la , mimi. Setahun sekali..(“;).
Dan seterusnya……………
Mula-mula hati nie berat gak nak pi,….fikirkan assignment, fikirkan ma ajak pi raya umah sedara dan sewaktu dengan nye…..yang menguatkna saya nak join reunion raya tue bila baca ayat “jom ar mimi..setahun sekali..(“;)”….erm…..btul gak dah la lost contact apalagi nak berjumpa….so amik peluang nie…ajal maut kita bukan kita taw pun..erm…the true decision PERGI…
Ila: 9.30..kumpul umah rahman…
Keesokan harinya…4 syawal….
Jam 7.30..saya trus menuju ke dapur….teringat dapur yg belum dikemas..coz semalam sedara ramai dating…ma masak mee….pinggan mangkuk pun tak dicuci ag…ish malasnya..memikirkan takut ma Nampak..kuat kan hati tuk buat…kebetulan ayah saya pun menuju kedapur…sedang2 saya menyiapkan breakfast saya tgk ayah saya yang cuci pinggan mangkuk semalam….aduh rasa sebersalah plak..(ayah saya memg rajin…hehehe…sayang abah…banyak perbuatan dari berkata2)……masa tue ma saya tgh mengemas, meyapu dan sewaktu dengan nye di halaman rumah….memberi ucapan selamat pagi pada pokok2 yang ditanamnya…hehehe…(ma saya seorang yang sukakan bunga…seorang yang pembersih. Sayamg ma.…).
Bila siap hidangkan breakfast..saya kemas dapur dulu..tolong ayah saya susun pinggan kat tempat nye…semua dah siap…saya jemput ayah saya breakfast dan panggil ma saya sekali…..akak saya pun meyusuri selepas mandi...... kitaorang pun breakfast sama2…
Jam tunjuk kul 8.45….saya baru nak menggosok baju untuk dipakai tuk pi reunion raya,…dalam kul 9 selesai menggosok…then saya pi mandi….925 saya dah siap lengkap dengan baju raya…..saya pun amik kunci kereta..minta izin parent tuk kuar…..biasa la soalan mesti di Tanya.”Bila nak balik”…hehehe
(Di dalam kereta)..tgk minyak….aduh nak E dah….masuk u
mah balik minta ayah duit nak beli minyak..hehhehe..
Dah lewat dah nie….dalam 940 baru tiba kat stesyen minyak..bagi msg kat kawan atas kelewatan….
9.54 baru tiba kat umah kawan (Rahman).tempat berkumpul…kitaorang pun mula beraya….
Senarai rumah yang dilawati:-
1. 1) Rahman
2. 2) Amira
3 3) Suhana
4. Fauzi
5)Cikgu Hanafi
Cikgu Mazlan(umah Filza)
7) Cikgu Norizan (umah nad)
8)Hafiz
9)Ezaidi
10)Intan
11. 11) Ustaz Hazali
12. 12) Ain Hasan
13. 13)Afiq
14. 14) Am
15)Farah
Fuh!!!...banyakkan rumah….banyak rumah tak kisah.tp majority rumah menyediakan makanan yang berat2….erm..memang rezeki anak tekak….klu tak makan seber salah plak….tuan rumah dah sediakan……selama 29 hari berpuasa turun berat badan….nie dalam satu hari beraya berat dah naik…ish3x…..
Kongsi cite cikit….masa saya beraya umah ain Hassan…sahabat masa form 5…die dah fly ke Ireland actually…so parent diorng tinggal berdua…tapi rumah anak sulu g dekat (ustaz Hazali)….ain anak bongsu dan jarak dengan adik beradik kira jauh la gak…selama nie die duk umah dengan ma n ayah die…yang buat saya sedih…mak air menangis (tp dapat tahan la) bila kitorang dah nak balik…myb kitorang mengingatkan ma ain pada die…(ain tak balik raya coz die baru fly ke Ireland amik jurusan perubatan)…SELAMAT HARI RAYA AIN!!!!!!!!heheheh….jaga diri dan hati diperantauan…
Akhir kata,……berkunjung-kunjungla di hari lebaran nie kerumah sedara mara, jiran tetngga dan sahabat-sahabat….MAAF ZAHIR & BATIN dari saya NOOR SYAMIMI BTE ISMAIL BASHA..
di kesempatan nie....saya nak minta maaf banyak2 kepada sesiapa yang mengirimkan ucapan raya melalui sms dan saya tak membalas kembali...asif jiddan..
Monday, September 21, 2009
Amalan Nabi SAW dalam menyambut hari raya
- Menghadiri Solat sunat Aidilfitri secara berjemaah dan mendengar khutbah. Al-Imam al-Syaukani menjelaskan dalam Nailul Awtar, Nabi SAW sentiasa mengerjakan solat sunat berkenaan dan tidak pernah meninggalkannya. Malah baginda telah memerintahkan umatnya untuk mengerjakannya, termasuk hamba dan wanita yang haid pun digalakkan untuk menyaksikan solat itu dikerjakan oleh umat Islam.
- Mandi sebelum solat Sunat Aidilfitri. Menurut Said bin al-Musayyib mengatakan, sunnah sebelum solat itu ia merangkumi tiga perkara iaitu mandi sebelum solat sunat Aidilfitri, makan sebelum pergi solat dan pergi dengan berjalan kaki. (Riwayat al-Firyabi dengan sanad yang sahih seperti yang dijelaskan dalam Irwaul Ghalil)
- Berhias diri dengan cara yang dibenarkan tanpa mendedahkan aurat dan memakai pakaian dari buatan yang diharamkan. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathil Bari bahawa sahabat seperti Ibn Umar akan memakai pakaian yang paling baik pada hari Aidilfitri dan Aidiladha. Maka menjadi suatu yang dituntut agar umat Islam memakai pakaian yang elok pada kedua hari ini. Bagaimanapun hendaklah dijauhi pakaian-pakaian yang dibuat dari bahan yang haram seperti sutera kerana dalam sebuah hadis yang lain apabila Umar memberikan untuk nabi pakaian dari sutera untuk dipakai pada hari Raya, maka Nabi SAW dengan tegasnya bersabda: “Pakaian ini adalah pakaian untuk orang yang tidak berakhlak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim ).
- Makan sedikit sebelum pergi ke tempat solat. Perkara ini berdasarkan sebuah hadis sahih dari Anas, bahawa Nabi SAW tidak akan berangkat ke tempat solat pada hari Aidilfitri sehinggalah baginda makan beberapa biji kurma terlebih dulu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim ) l Memperbanyakkan takbir. Menurut sebuah riwayat dari Ibn Abi Syaibah dari Musannafnya Nabi SAW akan berangkat menuju ke tempat solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha, dan baginda akan bertakbir hingga sampai ke tempat solat, malah akan sibuk bertakbir dengan nyaring hingga solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha itu. Baginda Cuma akan berhenti sejurus sebelum memulakan solat sunat berkenaan.
- Mengucapkan tahniah kepada setiap Muslim yang ditemui dengan ucapan: “TaqabbalalLahu minna wa minkum yang bermaksud, semoga Allah SWT menerima amal salih yang kita lakukan sepanjang Ramadhan. Kata Ibn Hajar dalam kitabnya al-Mahamiliyyat dan Fathul Bari, ini adalah ucapan selamat yang paling sahih yang ditemui dalam riwayat-riwayat dari Nabi SAW.
Berkaitan dengan perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu dengan memberikan wang pada hari Raya ia hanyalah suatu amalan tradisi yang harus dilakukan. Ini bergantung kepada niat seseorang, sama ada dia menghulurkan wang itu sebagai hadiah ataupun sedekah. Apa juga niat yang disematkan moga-moga ia termasuk dalam kebajikan yang dinyatakan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 215 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Menurut Ibn Kathir dalam Sahih Tafsir Ibn Kathir sebuah riwayat dari Muqatil bin Hayyan, ayat ini menjelaskan keutamaan infaq ataupun belanja, saluran manakah yang harus diutamakan. Ayat ini ditutup dengan ingatan bahawa segala kebaikan yang dikerjakan, pasti akan dibalas oleh Allah SWT dengan kebaikan kerana Dia tidak akan menzalimi hamba-Nya, meskipun kebaikan itu hanyalah sebesar zarah saja. Cuma penting bagi ibu bapa agar menjelaskan kepada generasi anak-anak kepentingan menjadi insan yang mulia yang menjauhi budaya meminta-minta. Mereka perlu diperjelaskan tentang ingatan Nabi SAW yang bermaksud: “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Wednesday, July 29, 2009
Marwa Al-Sherbini....
Walaupun dah banyak blog post kan tentang kematian Srikandi Marwa Al-Sherbini...saya tak kisah saya nak post juga...erm.
Bayang kan ditikam 18 kali dalam tempoh 30 saat, dalam keadaan pregnant...nie semata-mata ingin mengeluarkan hujah untuk menegakkan syariah ISLAM..(berhijab)..Fahaman Islamphobia sekarang semakin menular kesemua pemikiran masyarakat, yang lebih sedihnya dikalangan masyarakat Malaysia sendiri, dimana mereka menganggap Islam adalah agama terrorism.Sedih...segelintir umat Islam sendiri yang menyokong fahaman tue....ini mungkin disebabkan mereka tak mengamalkan sunnah dan ajaran Al-quran..mereka cuma membuta tuli...ikut aje apa orang kata malas nak memikirkan dan menyelidik mengapa? bagaimana.?.cuma ikut logik, kesenagan dan kemampuan fikiran mereka sahaja...
Contoh hujah yang menyatakan Islam itu terorism adalah hukum hudud, dalam Al-quran dah cakap tue....nak membantah juga..ish..adakah mereka kaji dengan sedalam-dalamnya bagaimana ingin menjalankan hukum hudud tue??...yang sedihnya kalangan yang berpendidikan dah dapat pangkat Profesor pun turut menyatakan hukum hudud itu kejam..cuba selidik dulu..baca buku setebal-tebal alam untuk mengejar pangkat profesor boleh tapi nak cari kebenaran tentang Islam tak mampu...erm...Allah mengeluarkan hukum itu ada sebabnya , Allah tidak akan menzalimi seseorang kecuali mereka menzalimi diri mereka sendiri....
Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.(47:7)
Ayat ke-7 dari surah Muhammad telah memberitahu kepada kita bahawa dengan menjalankan aktiviti menyuruh untuk melakukan perkara baik dan meninggalkan perkara yang ditegah,Allah yang bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang akan membantu danmenyelesaikan masalah yang berlaku pada diri kita.
Al-Ftihah buat Allahyarham Marwa Al-Sherbini....Semoga ditempatkan di syurga kerana kesungguhan mempertahankan ISLAM
Monday, July 27, 2009
Sunday, July 26, 2009
Hilang kerinduan kerana H1N1..???
Iklan
Nak selit sedikit hadis berkaitan selesema babi
Nabi saw bersabda:
"Ibnu maryam akan turun di tengah-tengah kamu sebagai hakim dan pemimpin yang adil lalu menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan pajak".
Disini nak kaitkan hadis nie dengan H1N1.....ayat dimana Nabi Isa akan turun untuk membunuh babi..kerana bahaya nya babi kepada manusia dan kesan yang terkena pada manusia susah untuk dibendung atau dicegah...
Rules And Regulation: Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..
Sory ya habibati ukht…..lambat post……
1. Seorang yang panas baran…hot temper!!!...alhamdulillah ade yang menjadi penyejuknya….
2. Keras kepala……batu pun lembut..
3. Seorang yang comel..huhuhuuhhuhu…..mesti la comel takkan lahir2 terus besar
gajah..hehhehehe….
4. Seorang yang suka menyendiri…dan pendam perasaan…and bila limit kesabaran dah
memuncak…erm…paham-paham aje la.hehehehe.,,jgn plak takut lepas nie kawan ngan
saya….insyaALLAh..saya dah berubah sedikit demi sedikit…
5. Suka menabung….dan duit tabung tue beli jajan hehehe
6. seorang yang kasar…suka pomen basikal, ..dan sewaktu dengan nya…saya suka tue sebab
saya akan duduk bersendirian bile buat kerja-kerja tue…
7. kalau nak sesuatu mesti nak on the time…klu tak mengamuk ar..hheehe…saya kenang kan
balik kesian parent saya melayan kerenah anak bongsu sorang nie..
8. selalu bermain dengan jiran india dan cina…melayu kurang..
9. seorang yang tembam …..
10.selalu di kacau oleh akak n abng saya….sabar je…
11. suka menjerit nama “abah”…if akak n abang kacau…selalunya akak la..coz ayah saya tak suka dengar orang menjerit…jadi takut la nak kacau..huhuhuhuhu…suara adalah senjataku..
(minta maaf belum terfikir nak bagi sape)…kalau rasa sape nak ambil....ambil aje....