Man ana??
- slaveofALLAH
- Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.
Showing posts with label Herbal. Show all posts
Showing posts with label Herbal. Show all posts
Monday, January 26, 2015
Habbatussauda' Pengubat Segala penyakit
Minyak Jintan hitam adalah minyak yang paling berkhasiat dan menyihatkan yang terdapat pada hari ini. Minyak Jintan hitam juga dikenali sebagai Habbatus sauda yang sangat terkenal di negara-negara Islam terutamanya di negara Arab. Ia juga dipanggil Nigella Sativa ataupun black seed oil dikalangan orang barat.
Ia bukanlah salah satu daripada minyak-minyak biasa yang sering dipromosikan di laman web kesihatan, tetapi minyak jintan hitam adalah benar-benar bermanfaat yang telah digunakan selama beratus-ratus tahun. Hampir 1400 tahun minyak ini diketahui sejak ia memberikan kesan positif dan ia telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan dari gemuruh sehinggalah penyakit membawa maut terutamanya berkaitan dengan penyakit jantung.
Umumnya, manfaat kesihatan bagi Minyak Jintan Hitam dapat disembuhkan khasnya bagi masalah pernafasan. Ini adalah kerana ia mempunyai ejen yang aktif untuk mengelakkan kekejangan dan menjaga saraf yang tenang dan terkawal. Ia juga menyokong fungsi tiub bronkial.
Minyak ini sangat bermanfaat untuk detoksifikasi dan anti-radang. Malah, ia mempunyai lebih 100 nutrien berbeza yang membantu badan manusia bagi setiap fungsi yang berlainan. Oleh itu, dengan mengambil minyak ini dalam jumlah yang diperlukan, ia dapat mengekalkan badan yang sihat tanpa penggunaan makanan supplemen yang lain.
Kesan nutrisi
Beberapa kesan kesihatan minyak jintan hitam dapat diperolehi dengan menyapu pada kulit tubuh badan. Tetapi ia didapati lebih bermanfaat jika diambil secara sedutan dalam tubuh badan dengan dos yang betul setiap hari.
Antara nutrien penting terdapat dalam minyak ini adalah seperti berikut:
Lemak asid - Apabila kita berusaha mendapatkan supplemen tambahan untuk kesihatan yang menyediakan asid lemak badan, ia memberi kelegaan kerana tidak perlu lagi mencari minyak lain yang mengandungi kaya dengan lemak asid yang diperlukan. Omega 3 dan Omega 6 adalah keperluan utama untuk tubuh badan yang terkandung di dalam minyak ini. Asid lemak juga membantu mencergaskan otak. Untuk mengekalkan fungsi otak yang normal, asid lemak diperlukan dalam jumlah yang mencukupi.
Vitamin dan Mineral
Ini adalah nutrien utama yang diperlukan untuk tubuh badan. Minyak ini mempunyai banyak protein tumbuh-tumbuhan, thiamin, riboflavin, zink, tembaga, pyridoxine, dan lain-lain nutrien yang boleh membantu badan berfungsi dengan baik.
Kesan Penyembuhan
Selain daripada kandungan nutrien yang banyak, ia juga merupakan ubat bagi merawat pelbagai penyakit. Ini adalah salah satu kelebihan menggunakan minyak ini kerana ia boleh memberikan kesihatan yang sempurna dan membantu dalam merawat penyakit.
Penyakit yang boleh dirawat:
Asma dan Batuk - minyak ini adalah berguna kerana ia membantu seseorang merasa lebih baik apabila mempunyai penyakit pernafasan. Ia juga boleh digunakan pada bahagian belakang dan dada, dan titisan boleh diletakkan di dalam air dan disedut untuk mengurangkan gejala. Ia juga boleh dicampur dengan teh atau diambil secara langsung tetap memberi kesan yang terbaik. Ia amat berkesan dalam apa jua cara sekalipun contohnya apabila minyak sampai ke tekak dan hidung, ia membuatkan anda berasa lega.
Penyakit jantung
Dengan pengambilan minyak ini secara istiqomah, kesihatan jantung terjamin. Ia adalah kerana minyak tersebut dapat melarutkan lemak dan membersihkan saluran darah yang tersumbat.
Oleh itu, minyak jintan hitam adalah cara terbaik menjaga kesihatan dan sihat.
Share at : https://www.facebook.com/notes/233135746724441/
Subscribe to:
Posts (Atom)