Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu!!

0 comments
M-for the MILLION things she gave
O-for she's growing OLD,
T-for the TEARS she shed to save me,
H-for her HEART of purest gold,
E-for her EYES, with love-light shining,
R-for she is always RIGHT and always be.


Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
special for my lovely mother..HJH ZAINAB BTE ABD SAMAD..
doakan kejayaan anakanda di dunia dan akhirat....dan tetapkan hati hanya kerana YANG ESA
0 comments
Persahabatan?????

SAHABAT
S-Sayang (sayang kita seadanya)
A-Akhirat (ingatkan pada akhirat)
H-Hindar (hindari kita melakukan mungkar)
A-Allah (Apabila melihat muka akan mengingati ALLAH)
B-Bantu (Bantu dalam apa jua urusan)
A- Amanah
T-Teman (Teman sewaktu susah n senang)

TIGA TAHAP PERSAHABATAN :

Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :
1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Persahabatan tabii
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.


Persahabatan yang tercela
Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kwan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.



Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain."Sia-sia aku berkawan dengan engkau.","celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :"....dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67)
Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,"Seseorang itu di atas agama kawannya".



Wednesday, March 11, 2009

SATU HATI`~(";)

2 comments

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMA
BERSATU BERJIHAD MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH
PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG
JANGAN TAKUT
BERJUANG UNTUK KEAMANAN

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGi
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI
Untuk umat Rasulullah di akhir zaman, sangat banyak janji Rasulullah yang dapat dibaca dalam hadis-hadis. Beliau telah berkata bahwa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya (yang pertama di zaman baginda) di akhir zaman dan kebangkitan itu akan dimulai dari sebelah timur.

Rasulullah SAW bersabda:
“Kalaulah tiada lagi sisa umur dunia ini kecuali satu hari saja niscaya Allah akan memanjangkan hari itu hingga diutus ke dunia ini seorang lelaki dari keturunanku atau keluargaku, namanya menyerupai namaku dan nama bapaknya menyerupai nama bapakku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan seksama sebagaimana sebelumnya dipenuhi oleh kezaliman dan kejahatan.” (HR Abu Daud dan At Tirmizi)

Juga sabda beliau:
“Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali) seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan seksama. Maka apabila kamu ingin melihatnya, maka wajiblah kamu bersama dengan Putera Bani Tamim, sesungguhnya dia datang dari sebelah timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (HR At Thabrani)

Dari Tsauban ra. katanya Rasulullah SAW bersabda,
“Panji-panji Hitam akan datang dari arah timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Siapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju.” (HR Ibnu Majah, Al Hakim, Ahmad)

Jelas dalam hadis-hadis ini Rasulullah menjanjikan bahwa di akhir zaman Islam akan bangkit kembali dari arah timur dengan dipimpin oleh seorang keturunan Baginda SAW yang bergelar Imam Mahdi. Nama aslinya adalah Muhammad bin Abdullah, persis seperti nama Baginda SAW. Dan jika kita ingin menyertainya, kita harus bersama dengan seorang yang bergelar Putera Bani Tamim yang datang dari timur meskipun terpaksa menempuh kesukaran (“merangkak di atas salju”). Putera Bani Tamim ini membawa panji-panji hitam (bendera pasukan Islam di masa Rasulullah SAW), yaitu sebuah perlambang bahwa dia akan membawa sebuah sistem hidup yang mencontoh sistem hidup Rasulullah SAW dalam segala aspek.


Sunday, March 1, 2009

(",)

1 comments
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharum
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..=)
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana di antara hati kita
Telah tiada antaranya lagiz
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadiBiar berpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah..

"Tuhan tidak pernah menjanjikan langit akan senantiasa biru, seluruh hidup dipenuhi bunga.Tuhan tak pernah menjanjikan matahari tanpa mendung, kabut dan hujan badai.Tapi Percayalah bahwa Tuhan memberikan kita kekuatan, cita-cita dan cinta untuk menjalani hidup dan kerja keras untuk selalu maju.Yakinlah, usai kabut matahari akan bersinar terang, kehidupan akan terjaga kembali?"



hafsah sy minta izin publish logo nie kat blog sy......heheh


GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template