
Man ana??
- slaveofALLAH
- Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.
Saturday, September 18, 2010
Hati ini...

Hati ini sunyi tanpa sapaan dariMu
Hati ini sunyi tanpa bisikan dariMU
Hati ini sunyi tanpa peringatan dariMu
Hati ini sunyi tanpa dihiasi ukhwah yang bermatlamatkanMU
Hati ini sunyi tanpa panggilan untuk perjuangan dijalanMU
Hati ini sunyi tanpa mendengar alunan-alunan ayat suciMU
Hati ini kadang-kadang tewas dikala dikelilingi oleh penipuan duniawi
Hati ini gementar tatkala memikirkan apa telah ku buat untuk AgamaMU
Hati ini bertambah gementar apabila mengingati adakah aku dapat mejawab segala Munkar & Nakir diakhirat kelak??
Ya ALLAH hati ini rindu padaMU, hati ini rindu kasihMU,hati ini rindu bertemu denganMU...
Jika hati ini telah banyak aku kotori Ya ALLAH, ampunkan aku Ya Allah.Izinkan aku bersihkannya dengan air mata kecintaan kepadaMU.Izinkan aku penuhi hati ini dengan rasa rindu dan kasih kepadaMU....
Sesungguhnya hati ini milikMU sepenuhnya
Hati ini bergitu sunyi tanpa jagaan dari PEMILIK nya
Wednesday, September 8, 2010
Ikhlas dari kami..

Datangnya syawal perginya Ramadhan
tanpa mengisi bekalan yang secukupnya
kesedihan melebihi keseronokan
tatkala Ramadhan makin meninggalkan daku
Semoga ALLAH masih meminjamkan nyawa diiringi dengan IMAN dan ISLAM
ku bertemu pada Ramadhan akan datang
Tiada pemberian yang terindah selain maaf
Tiada perbuatan yang termulia selain memaafkan
Di kesempatan ini ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
Perginya Ramadhan tidak semestinya tidak boleh meraih rahmat di bulan syawal
Dikatakan syawal bulan kemenagan
Semoga kemenangan yang dikatakan, diertikan dengan sebenar2nya kemenangan
Wednesday, August 25, 2010
Kasihanilah kaun ADAM...


Pertama:- Ayahnya
a) Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia.
b) Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
mengaji dan sebagainya.
c) Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....
d) Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
a) Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
b) Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam-
kan diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa
tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
a) Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
kepada abang-abangnya pula. .... jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah
tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
a) Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah /
suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap
Firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,
DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU... .."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu
sendiri..... .jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh
dan dengan ikhlas..
Ayuh kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik.
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga.....
janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Sunday, May 30, 2010
Sabar sebahagian dari IMAN..

Bismillahirrahmanirrahim..
Berlakon2..tak abis2 berlakon...
Geram!!!!!

Kenapa geram mimie??sabar-sabar
Ye la, saya tak kisah nak bershooting kew, nak menembak kew (heheheeh), nak berbaring kew and whatever la....tp jaga la adab..dah taw shooting dikalangan pelajar...ish...nak marah anak org..(tak kan anak paus kot)...
Terjerit-jerit...tak kira waktu......
Tue je kew sebab mimie geram??
Ish banyak ag....nie depan saya berlaku..sempat mengurat adik-adik saya(pelajar baru asasi)...boleh mengurat tp tgk n cermin diri sendiri(bkn nak cakap diri saya nie perfect)..banyak cermin kat kolej mawar tue...tgk dan teliti sehabis2 nya....nak mengurat make sure segala benda yang tak sepatutunya ada pada diri seeorg yang akan bergelar imam pada keluarganya..yang paling asas yang layak digelar sebagai muslim...buang segala rantai motor, basikal dan rantai mak kat leher tue, then buang labah-labah yang tersesat kat telinga dan bersihkan cat yang tertumpah kat atas rambut tue (cat nippon kot)..mahal tue...^^
Lagi mimie??
Banyak ag..tp nie yang last kot dapat kongsi.....ada adik-adik yang nak bergambar dengan pelakon...diorang tunggu kat wakaf tuk bergambar dengan pelakon tersebut...sambil tunggu pelakon tue dia tanya soalan pada sahabt saya hafsah dan saya...kebetulan nak pergi makan kat DC...(soalan berkaitan wireless).....tgk-tgk pelakon tue ialah Ju..(yang ada gosip ngan ako mustafa tue)...kenal tak??..(tak perlu kenal pon)....dari jauh saya ingat student mana la pakai baju tido aje tue..(baru nak tegur..ceh)...bila makin dekat..pelakon tue cakap:"dik lain kali ea kita bergambar tak sempat la dik..maaf"..(cantik memang cantik....)..semua makhluk ALLAH diciptakan cantik...(dalam hati..baik tangkap gambar ngan akak dik..heheheheh)...
sampai citu aje kot.....kalau saya rasa nak sambung saya sambung...hehehehehe..^^

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)