Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Thursday, January 5, 2012

~Luluh hati~

0 comments
Ko nangis mimie...xyah nak nangis2...salah ko juga...aish (monolog hati)


Luqman Al-Hakim berpesan, apabila engkau ingin mencari teman sejati, ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihatimu, maka bolehlah engkau ambilnya sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, berhati-hatilah kamu terhadapnya.

Itu antara kata-kata Luqman Al-Hakim mengenai erti persabahatan, mari ungkap kata-kata ini pula ...

  • Perbaikilah juga tutur katamu, halusilah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.
  • Dalam bersahabat juga, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian atau menagih sanjungan daripada orang lain, kerana jika itu yang kamu hajati, dirimu akan beroleh kecelakaan.
  • Usahakanlah juga supaya mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri dan jika berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.
  • Untuk disayangi, jadilah insan yang penyayang. Siapa yang suka berdiam diri sudah tentu selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun dan barang siapa tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, tentu dia akan menyesal.
  • Bersahabatlah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah nasihatnya kerana akan sejuk hatimu mendengarnya. Hidupkanlah hatimu dengan cahaya hikmah yang diperoleh daripada mutiara kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah subur yang disirami hujan.
  • Janganlah engkau bertemankan orang bodoh serta mereka yang talam dua muka kerana ia akan membahayakan mu.
~Mampu ke aku nak menjadi teman seperti pesanan Luqman Alhakim~

mencuba terus mencuba...kesabaran perlu untuk kekalkan sayang itu hanya kerana ALLAH

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku

Wednesday, January 4, 2012

Beredar 2011 ahlan wa sahlan 2012

0 comments

Beredar 2011 ahlan wa sahlan 2012…

Bagaimana amalan kita, tingkah laku kita, iman kita, dan perjuangan kita semasa 2011??

Xpe yg lepas jgn dikenang, kita jadikan iktbar,pengajaran dan sempadan untuk kita meningkatkan segala gred pada 2012!!!...AYUH!!

Alhamdulillah, sy menyambut ambang 2012 bertempat didataran kemerdekaan shah alam dengan manfaat nyer bersama ulama’ terkenal USTAZ AZHAR IDRUS…yg famous ceramah nyer dimerata surau, masjid mahupun majlis..lagi2 sape yg suka tengok youtube….mampu menarik semua lapisan masyarat dengan menggunakan cara dakwah yang sempoi……”kesempoian” ustaz mampu mengajak anggaran 60,000 masyarat berbilang lapisan ke dataran kemerdekaan shah alam..kalah ICT tue…bukan itu sahaja..turut dijemput Akhil Hayy and Syam Kamikaze...untuk menghidupkan malam yg penuh bermakna



Alhamdulillah orang lebih terbuka hati dengan majlis berunsur ISLAM….ISLAM itu INDAH…

kita boleh menilai sendiri mana hiburan yang sebetul2 nyer diperlukan sebagai fitrah manusia...yang dpat ketenangan dan manfaat dari nyer...TEPUK DADA TANYA IMAN


عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم (لَيَشَرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ. يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا. يُعْزَفُ عَلَى رُءُوِسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنّيَاتِ، يَخْسِفُ اللهُ بِهِمُ الأَرْضَ. وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيِرَ

Dari Abi Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan ada dari umatku segolongan manusia yang meminum arak dengan mereka menamakannya dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi.

(Riwayat Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, at-Tabrani dan al-Baihaqi. Lihat; al-Jami’ as-Saghier (Imam as-Suyuti), hadis no. 7706).

Tuesday, December 27, 2011

~Diriku yang xnak tido.~

1 comments
Terjaga aku dari tido...jam 1.20 a.m...kejutkan akk ku untuk sambung kerja nya.....diri nie terus terjaga sehingga 4.09 (bermula menulis posting nie)....aduh awat xngantuk nie..

Kerja-kerja yang dilakukan...

-FB sebentar





-birthday MY MUM!!!



-Washing clothes..(tetiba dapat idea master)



-continue build project (for master)





-samabil-sambil tue...FB xtinggal..hehehe
-then write this posting...


-sambil mendengar lagu

-"berjalan-jalan" mencari cahaya
Ya ALLAH berikan aku kekuatan dikala aku lemah, berikan aku peringatan dikala aku alpa, berikan aku petunjuk dikala aku kebuntuan, berikan aku nur dikala aku kegelapan mencari redhoMU

Friday, December 23, 2011

SURAT LAYANG BUAT SAHABAT

0 comments

Dirimu sedih, jua diriku
Dirimu muram, tidak jua diwajahku muram..tp hatiku
Dirimu berdiam, membuat diriku turut membisu, tp hatiku menjerit bertanya2


Diriku bukan ahli nujum, untuk mendalami hatimu,

Diriku jua tidak intelek untuk menilik wajah mu, dan membaca linangan matamu


Tapi diriku seorang manusia yg mempunyai hati sama sepertimu…

Tahu erti sedih, gembira, risau, cemburu, marah dan sewaktu dengan nya…

Aku tidak sehebat KHADIJAH menjadi peneman Rasullullah dikala baginda dalam ketakutan mahupun kegelisahan, aku tidak setabah SUMAYYAH yg mampu memberimu ketabahan demi ISLAM tercinta, dan aku bukan jua RABIATUL ADAWIYAH yang wara’ dimana memberimu erti hidup dalam redho ILLAHI….

Walaupun berjauhan..tp dekat nya dihati jika pertalian persahabatn itu hanya bermatlamat kerana NYA….rindu,sayang,kasih hanya lah kerana NYA..

~Buat sahabatku yang jauh~

Aku hamba yang kerdil,lemah dan bergunung dosa….

ENGKAU pertama, tiada akhirnya

Aku dalam kegelapan ENGKAU la cahaya

Izinkan aku menumpang disini

Dibawah naungan kasih dan sayang MU


GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template