Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Monday, December 22, 2008

Qanaah??!!

0 comments

QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.

Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qanaah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”
Allah berfirman yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amal salih, baik lelaki, mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (Surah al-Nahl, ayat 97)Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ulama sudah mengemukakan beberapa cara untuk memiliki sifat mulia ini antara lain ialah pertama, berjimat dalam perbelanjaan dan merancang perbelanjaan. Kedua, percaya bahawa dengan qanaah mendatang kemuliaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila seseorang itu bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya, maka dia tidak akan bersifat bakhil dan kedekut menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Tegasnya, dia menjadi seorang yang pemurah dalam masyarakatnya.

Dalam sejarah umat Islam, tercatat beberapa kisah mereka yang murah hati antaranya, diceritakan bahawa Abdullah bin `Amir membeli sebuah rumah kedai daripada Khalid bin `Uqbah dengan harga 90,000 dirham.

Tiba-tiba pada malam itu, dia mendengar anak isteri Khalid menangis. Lalu dia bertanya kepada isterinya: “Apa hal mereka itu?” Kemudian dia diberitahu bahawa mereka menangis kerana rumah mereka yang dijual.

Lantas Abdullah berkata kepada pembantunya: “Pergi dan suruh mereka datang ke sini.” Selepas mereka datang lalu dia terus menyatakan bahawa ambillah rumah itu kembali dan duit itu juga untuk kamu.

Dalam situasi dan ekonomi yang dihadapi umat manusia hari ini, alangkah beruntungnya umat Islam yang mendapat bimbingan daripada ajaran agamanya yang suci supaya tidak mengurus urusan dunia ini dengan kacamata keinginan nafsu semata-mata sebaliknya menjadi pengguna yang bijak , berhemat dan tidak tamak. Jadikanlah sifat qanaah yang mulia ini sebagai senjata untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup dunia sementara ini.
terungkai juga persoalan ana tentang perkataan qanaah...hehehe..biasa lah orang kurang vocab..banyak perkataan tak tahu..

Sunday, December 21, 2008

Detik menunggu result...

0 comments



Jam menunjukkan pkul 10.05 pg…ana terbangun dari tidur untuk menopup balik waktu tidor ana…(hehehe)…..berym dengn orang sehingga larut malam… selepas basuh muka ….ana terus menuju ke laptop untuk check result…berdebar……ana trus ke web site uitm…login then pergi ke examination result…tekan2….message keluar (HARAP MAAF……bla2bla2…)…fuh!!….sambil tunggu result dipaparkan,,,ana sempat berym dengan kwn ana…..first kawn kenalan dari frienster…then kwn satu course bg singnal die pun tgh online..berym dengan die juga…sambil2 berym dua kwn ana ....foreingner from Turkey turut online…..tp ym dngan die kejap aje…sambil berym ana sempat mengklik ke website uitm….message yg sama…sabar aje…sembg2…..check lagi….same juga….huh!!(ish tak baik mengeluh mimie)…debaran pasal result dah terliquit dari hati ana……tengah2 berym sorang kwn ana dah sign out…tp kawan same course masih atas talian..(hehehehe online)…berbual2…tak perasan dah jam 11.45…..ana minta izin berundur diri….laptop pun ditutup…..dengan rasa harap2 keputusan dpt diperolehi…hancur punah,…L…

Selepas solat zohor…ana tak putus asa…masih ingin tahu result ana..dalam pukul 1.40 ana online…..aduh!!...same juga….nasib baik ade kawan yg sign in ym…berborak lagi..(hahahaha…berborak aje keje ana..)nie la keje sewaktu cuti..hehehe….sambil2 berym ana link ke blog kawan2 ana dan web site lain..…bace la ape yang patut..sedar2 jam nak dekat kul 3….ana memeg camne klu dah mata nie mangadap laptop susah……lepas tue ana pun sign out…pastu tgk tv….cerita ketabahan (channel oasis)…tengok la sedap cite nie…wah promote lak……cerita tue abis kul 4…lps tue tunggu2 dah azan asar…sembahyang…..

Dalam kul 630 ana tak sedara ade msg dari kwn secourse ana,,…(result dah kuar…check ar),..tue la msg yg terpapar dari screen hp 3310 ana…ana terus access internet…..time nak tunggu boleh login tue ana rase boleh mengait abis satu baju..(heheheh perumpamaan aje tak le selama itu)….bile dah terpapar slip result…ana tercari2 mane pointer nye….rupe2 nye kat petak bawah sekali….YA ALLAH…hanya KAU sahaja YA RABB tahu perasan hamba Mu ini ketika itu….sedih rase nye sehingga berlenang air mata(tanda berssyukur)…syukur sangat2….Alhamdulilllah..ana terus menuju ke luar untuk mencari ibu yg sedang mengemas di luar rumah…ana merenung seketila wajah ibu ….YA ALLAH nie la hasil didikan ibu ..memberi sokongan yang penting kasih sayang tak terkira pada ana..ana bagi tahu keputusan ana...ana terus memeluk erat ibu ana...sambil meluahkan apa yang patut..

Lagi 5 minit kul 7…ayah ana pulang dari kerja…terus menuju kearah ayah ana…terus memluk tanda terima kasih.. .niat nak bagi tahu keputusan tapi takpe ar…tolong angkat barang aje,,,..kebetula masa tue ibu ana ada sekali…ana ckp dengan ibu ..”ma ckp aje la…”(sambil muka ana tersenyum)…sambil ana berjalan menuju ke rumah…”mimie tahniah!!”,jeritan suara macho dari ayah ana…(hehehhe)…ana terus tersenyum…J…..

Ok sampai di situ sahaja coretan dari ana….yang buruk datang dari ana,yang baik datang dari ALLAH SWT…illalliqa’…

Wednesday, December 17, 2008

Result!!!!!????.....

0 comments

Huh!!! Debar rase nye….macam nak gugur semua organ……..buat semua tak kena……tengah solat pun terpikir2 pasal result…MasyaAllah….lemah nye diri nie….takpe azab Allah lagi menakutkan…….(tenang mimie tenang) nie sume ujian dunia…….kita fikir kan berganda-ganda ketakutan kanak-kanak dan bayi-bayi yang innocent di Palestin..berhadapan dengan maut…dijanjikan ALLAH syurga bagi mereka..….SUBHANNAALLAH…YA RAHMAN Ya RAHIM….


Tuesday, December 16, 2008

menyentuh hati....(Mawaddah)

0 comments

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaanNya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi
sayu hati...menitis embun dimata...
bile dengar muzik nye...
belum nyanyi ag....hehehe

GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template