Man ana??

- slaveofALLAH
- Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.
Friday, October 26, 2012
Syahdu di pagi Aidiladha 1433 H (26/10/12)
Monday, October 1, 2012
JODOH
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥
Yang penting sebaai hamba ALLAH kita kene kuat,berani...yang penting istiqarah....
Tuesday, July 10, 2012
Sihat Bertenaga di Bulan Puasa, Langsing bergaya Di hari Raya
Thursday, June 14, 2012
RAEF - I'm Yours (Jason Mraz Cover)
Sunday, June 3, 2012
My First Moist chocolate cake
Bahan-bahanya
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.
Wednesday, April 25, 2012
Jadikan STRESS positive
Thursday, April 12, 2012
For you....
Saturday, February 4, 2012
Pertandingan Poster Dakwah De Facebook




Thursday, January 26, 2012
Buatmu mujahidah Fateenah



Wednesday, January 25, 2012
Admire

Tuesday, January 24, 2012
Warkah buat si dia
Seorang lelaki yang menghabiskan masa untuk perjuangan Fisabilillah
Seorang lelaki yang meletakkan cinta pada Pencipta adalah yang teratas
Dia adalah lelaki yang mungkin akan jadi imam
dan membawa sakinah dalam keluarganya
Dia adalah lelaki yang boleh memahami dan menghakimi
dengan penuh kasih hati zaujah nya
Dia mampu menghiburkan dengan alunan ayat al-quran dan zikrullah
Dia sentiasa mengingati mati
setiap langkah nya ingin dia mengikuti sedaya upaya akhlak mulia Rasullullah
Dia mampu mengajak mendalami ilmu islam semasa disisi
Solat menjadi maruahnya tidak tinggal apatah lagi lupa
Setiap manusia hendakkan yang terbaik dalam hidup mereka
Aku berusaha menjadi solehah untuk si dia
kerana aku memerlukan dia untuk membimbing ku
aku juga memerlukan si dia untuk memenuhi kebutuhan rohani
"Wanita baik untuk lelaki yang baik"
Dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA
Andai hilang cintanya itu, maka hilanglah cintaku padanya
Cinta Illahi penyebab jua aku memilihnya
Siapakah si dia???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga tercipta jodoh dengan dia
Kerana dia pilihanku...
YA ALLAH Ya tuhanku yang maha pengasih, Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Didunia dan diakhirat, Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini, Janganlah engkau biarkan aku sendirian, Didunia ini mahupun diakhirat, Menjuruskan aku ke arah kemungkaran dan kemaksiatan, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, Agar aku dan dia dapat bersama-sama membina kesejahteraan hidup kearah yang kau redhai.
YA ALLAH Kau ketemukanlah aku dengan insan yang boleh membimbingku, menyayangiku, menggembirakanku, dan ikhlas padaku, Jika diri ini masih daif, Kau berikanlah aku, Ketenangan untuk diri ini kembali padaMu untuk menjadi wanita yang solehah
Sunday, January 22, 2012
Let's design ourself after ALLAH create us
Tajuk posting is "Let's design ourself after ALLAH create us"...bukan potoshop, picasa or other software can design-mendesign jew...hehehe (xde kaitan pun)

untuk merantai kembali perjuangan KEKASIH ALLAH..RASULLULLAH S.A.W
(az-Zariyat: 55)
Menyeru kepada benda yang baik...adalah perbuatan orang-orang yang BERJAYA!!!
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
(Ali-‘Imran: 104)
Bermula nya aku dengan HERBALIFE
-sebenarnya dah lama dah aku mula makan herbalife nie... pada sem 4 sewaktu aku degree di UiTM....for that moment..hehe..my mum sponsor..;).sekarang aku dah tutup tirai pentas ku sebagai undergraduate student but now i continue my study & buka lembaran baru sebagai postgraduate student
-Knp berhenti..??..busy kot...coz tgh belajar kan...tue yang xdapat serius dgn herbalife tue..serius ngan bernda lain..huhuhu..pikir2 balik..susah kew herbalife nie?..senang jew rupa nyer....dan aku berhenti bukan juga kerana xbest nyer coach aku merangkap my cousin (Atie nama diberi)...menyimpang jauh sekali pernyataan itu..
- Dengan izin ALLAH terikat kembali taliku bersama HERBALIFE...dan bukan dengan sponsor my mum..but my own money..kais pagi makan pagi dan tghari, kain petang makan petang dan malam..hehehe..(maaf ubah peribahasa)..my coach now is my own sister....so easy for her to coach me..kerana duduk sama di Shah Alam..

pernah diri ini menitiskan airmata..apabila memikirkan kesihatan diri ini bila dikaitkan dengan perjuangan,..."ajal maut hanya lah ketentuan ALLAH"..tp selagimana kita mampu untuk terus menjaga, mendidik dan membelai diri ini sebaik-baiknya..kita terus berusaha....
Friday, January 6, 2012
~6 sasaran aku cekup~

Perjalanan aku dari fakulti ke tempat kediaman….kerana nak jumpa akak bagi kunci kereta,…hati rasa tidak sedap semasa tgk keadaan di tasik tue..dosa nya aku kalau biarkan(monolog hati)...mesti pergi!!!..dengan berbekalkan motor dan helmet..berdesup aku ke tasik seksyen 7..patah balik..
Lokasi : Tasik seksyen7
Masa : 1.15 p.m..anggaran jew…coz baru 5 min azan zohor
Soalan yang sama aku tujukan pada sasaran-sasaran tersebut…
Assalamualaikum…maaf mengganggu..ada sorang pak cik lalu disni tadi..tp pakcik tue nak pi semayang jumaat,..jadinya die suroh saya tegur sape yg xpi solat jumaat kat cnie..maaf yer..khutbah dah start..kan tue salah satu syarat sah solat jumaat..(tersenyum)…tp dalam hati geram..
Sempat lagi berdating…lempang laju2 krg..masuk dalam tasik baru tahu…aish…rasanya
perempuan tue boleh nilai dah..lelaki tue boleh bimbing die lepas kahwin ke tidak..(bagi pasangan yg belum kahwin)..

(situasi seperti sedang berdating)….deruan bunyi motor ku membuat mereka berpaling kearah ku...aku terus tegur dengar ayat seperti diatas
Si jejaka : (dengan muka masih nak control macho nyer pada si gadis)…ok..jap lagi…
Si gadis : (muka mcm malu jew)…
Aku : (hanya mampu tersenyum….)..
Teruskan langkahku :
Sasaran kedua
Ayat yang sama seperti diatas aku tujukan pada sasaran kedua..tapi tambah satu ayat ag…maaf ISLAM kew??...sebab si gadis free hair dan muka agak putih..mana taw sabah non-muslim kew…ok set die jawab ISLAM..tp mcm ragu2 jew..jangan la malu nak mengaku ISLAM..aish..
Si lelaki Jawab : (sama juga mcm sasran pertama)..
Si Gadis : hanya melihat muka si jejaka…
Sasaran ketiga
Parking motor….aku terus menuju kearah sasaran tersebut…dari jauh si gadis dah meng”ushah”ku..situasi pasangan ketika itu..si jejaka berbaring dengan kepala nya berada di atas peha si gadis…semakin semakin dekat aku dengan mereka…si jejaka tukar posisi (berbaring kepala beralaskan rumput)..
Aku keluarkan ayat yang sama…coz xde idea dah…
Si jejaka jawab : ok (senyum sdikit)..jap ag…(dengan mata yg merah coz baru bangun tido.maaf la bro ganggu tido….sy takut bro ditarik nyawa tengah waktu solat jumaat nant..di masjid Alhamdulillah..kene tarik nyawa masa tepi tasik nant..nak jawab ape bro)..
Si gadis : hanya mampu tersenyum …
(pasangan nie agak liat untuk beredar..kerana saya dah abis round mereka masih disitu ag..berbarng lagi plak tue)…
Deruman motor ku membuat mereka terus berpaling kearah ku
Aku : u’re muslim?…(3 kali aku ulang ayat itu…coz muka mereka terpinga)..soalan last…kamu berdua ISLAM..(baru paham)..aku lontar kan soalan yg agak sama seperti diatas..
Si jejaka : ..ooo..ok..jap ade masalah sedikit (cara nya seperti sedang berkongsi masalah dengan si gadis..
Si gadis : (hanya lah mampu tersenyum..
Aku : ish xbleh..khutbah dah start..tue kan syarat sah….kan??..sambung bincang masalah lepas solat ea.
Si jejaki : (tersenyum)..ok..
(Alhadulillah mereka beredar lepas tue..)
Sasaran kelima & keenam
(Situasi mereka sedang makan…dua lelaki dan seorg perempuan..)
Aku : soalan yg sama ditujukan..
Si jejaka 1 : ok….jap makan dulu…
(dalam hati aku,,,aishhhh boleh plak kejap2….tercekik tgh makan krg..aaaaa)
Si jejaka 2 dan si gadis: ( hanya tersenyum…..)
Knp bila tengok remaja2 skrg..mcm xendah jew dengan khutbah jumaat??pelik la,...bukan syarat sah kew khutbah tue?..aishhhh
Thursday, January 5, 2012
~Luluh hati~

- Perbaikilah juga tutur katamu, halusilah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.
- Dalam bersahabat juga, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian atau menagih sanjungan daripada orang lain, kerana jika itu yang kamu hajati, dirimu akan beroleh kecelakaan.
- Usahakanlah juga supaya mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri dan jika berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.
- Untuk disayangi, jadilah insan yang penyayang. Siapa yang suka berdiam diri sudah tentu selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun dan barang siapa tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, tentu dia akan menyesal.
- Bersahabatlah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah nasihatnya kerana akan sejuk hatimu mendengarnya. Hidupkanlah hatimu dengan cahaya hikmah yang diperoleh daripada mutiara kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah subur yang disirami hujan.
- Janganlah engkau bertemankan orang bodoh serta mereka yang talam dua muka kerana ia akan membahayakan mu.
Wednesday, January 4, 2012
Beredar 2011 ahlan wa sahlan 2012

Bagaimana amalan kita, tingkah laku kita, iman kita, dan perjuangan kita semasa 2011??
Xpe yg lepas jgn dikenang, kita jadikan iktbar,pengajaran dan sempadan untuk kita meningkatkan segala gred pada 2012!!!...AYUH!!

Alhamdulillah, sy menyambut ambang 2012 bertempat didataran kemerdekaan shah alam dengan manfaat nyer bersama ulama’ terkenal USTAZ AZHAR IDRUS…yg famous ceramah nyer dimerata surau, masjid mahupun majlis..lagi2 sape yg suka tengok youtube….mampu menarik semua lapisan masyarat dengan menggunakan cara dakwah yang sempoi……”kesempoian” ustaz mampu mengajak anggaran 60,000 masyarat berbilang lapisan ke dataran kemerdekaan shah alam..kalah ICT tue…bukan itu sahaja..turut dijemput Akhil Hayy and Syam Kamikaze...untuk menghidupkan malam yg penuh bermakna


عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم (لَيَشَرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ. يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا. يُعْزَفُ عَلَى رُءُوِسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنّيَاتِ، يَخْسِفُ اللهُ بِهِمُ الأَرْضَ. وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيِرَ
Dari Abi Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan ada dari umatku segolongan manusia yang meminum arak dengan mereka menamakannya dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi.
(Riwayat Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, at-Tabrani dan al-Baihaqi. Lihat; al-Jami’ as-Saghier (Imam as-Suyuti), hadis no. 7706).