Seorang lelaki yang menghabiskan masa untuk perjuangan Fisabilillah
Seorang lelaki yang meletakkan cinta pada Pencipta adalah yang teratas
Dia adalah lelaki yang mungkin akan jadi imam
dan membawa sakinah dalam keluarganya
Dia adalah lelaki yang boleh memahami dan menghakimi
dengan penuh kasih hati zaujah nya
Dia mampu menghiburkan dengan alunan ayat al-quran dan zikrullah
Dia sentiasa mengingati mati
setiap langkah nya ingin dia mengikuti sedaya upaya akhlak mulia Rasullullah
Dia mampu mengajak mendalami ilmu islam semasa disisi
Solat menjadi maruahnya tidak tinggal apatah lagi lupa
Setiap manusia hendakkan yang terbaik dalam hidup mereka
Aku berusaha menjadi solehah untuk si dia
kerana aku memerlukan dia untuk membimbing ku
aku juga memerlukan si dia untuk memenuhi kebutuhan rohani
"Wanita baik untuk lelaki yang baik"
Dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA
Andai hilang cintanya itu, maka hilanglah cintaku padanya
Cinta Illahi penyebab jua aku memilihnya
Siapakah si dia???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga tercipta jodoh dengan dia
Kerana dia pilihanku...
YA ALLAH Ya tuhanku yang maha pengasih, Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Didunia dan diakhirat, Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini, Janganlah engkau biarkan aku sendirian, Didunia ini mahupun diakhirat, Menjuruskan aku ke arah kemungkaran dan kemaksiatan, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, Agar aku dan dia dapat bersama-sama membina kesejahteraan hidup kearah yang kau redhai.
YA ALLAH Kau ketemukanlah aku dengan insan yang boleh membimbingku, menyayangiku, menggembirakanku, dan ikhlas padaku, Jika diri ini masih daif, Kau berikanlah aku, Ketenangan untuk diri ini kembali padaMu untuk menjadi wanita yang solehah
0 comments:
Post a Comment