


Dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA
Andai hilang cintanya itu, maka hilanglah cintaku padanya
Cinta Illahi penyebab jua aku memilihnya
Siapakah si dia???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga tercipta jodoh dengan dia
Kerana dia pilihanku...
YA ALLAH Ya tuhanku yang maha pengasih, Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Didunia dan diakhirat, Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini, Janganlah engkau biarkan aku sendirian, Didunia ini mahupun diakhirat, Menjuruskan aku ke arah kemungkaran dan kemaksiatan, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, Agar aku dan dia dapat bersama-sama membina kesejahteraan hidup kearah yang kau redhai.
YA ALLAH Kau ketemukanlah aku dengan insan yang boleh membimbingku, menyayangiku, menggembirakanku, dan ikhlas padaku, Jika diri ini masih daif, Kau berikanlah aku, Ketenangan untuk diri ini kembali padaMu untuk menjadi wanita yang solehah
Perjalanan aku dari fakulti ke tempat kediaman….kerana nak jumpa akak bagi kunci kereta,…hati rasa tidak sedap semasa tgk keadaan di tasik tue..dosa nya aku kalau biarkan(monolog hati)...mesti pergi!!!..dengan berbekalkan motor dan helmet..berdesup aku ke tasik seksyen 7..patah balik..
Lokasi : Tasik seksyen7
Masa : 1.15 p.m..anggaran jew…coz baru 5 min azan zohor
Soalan yang sama aku tujukan pada sasaran-sasaran tersebut…
Assalamualaikum…maaf mengganggu..ada sorang pak cik lalu disni tadi..tp pakcik tue nak pi semayang jumaat,..jadinya die suroh saya tegur sape yg xpi solat jumaat kat cnie..maaf yer..khutbah dah start..kan tue salah satu syarat sah solat jumaat..(tersenyum)…tp dalam hati geram..
Sempat lagi berdating…lempang laju2 krg..masuk dalam tasik baru tahu…aish…rasanya
perempuan tue boleh nilai dah..lelaki tue boleh bimbing die lepas kahwin ke tidak..(bagi pasangan yg belum kahwin)..
(situasi seperti sedang berdating)….deruan bunyi motor ku membuat mereka berpaling kearah ku...aku terus tegur dengar ayat seperti diatas
Si jejaka : (dengan muka masih nak control macho nyer pada si gadis)…ok..jap lagi…
Si gadis : (muka mcm malu jew)…
Aku : (hanya mampu tersenyum….)..
Teruskan langkahku :
Sasaran kedua
Ayat yang sama seperti diatas aku tujukan pada sasaran kedua..tapi tambah satu ayat ag…maaf ISLAM kew??...sebab si gadis free hair dan muka agak putih..mana taw sabah non-muslim kew…ok set die jawab ISLAM..tp mcm ragu2 jew..jangan la malu nak mengaku ISLAM..aish..
Si lelaki Jawab : (sama juga mcm sasran pertama)..
Si Gadis : hanya melihat muka si jejaka…
Sasaran ketiga
Parking motor….aku terus menuju kearah sasaran tersebut…dari jauh si gadis dah meng”ushah”ku..situasi pasangan ketika itu..si jejaka berbaring dengan kepala nya berada di atas peha si gadis…semakin semakin dekat aku dengan mereka…si jejaka tukar posisi (berbaring kepala beralaskan rumput)..
Aku keluarkan ayat yang sama…coz xde idea dah…
Si jejaka jawab : ok (senyum sdikit)..jap ag…(dengan mata yg merah coz baru bangun tido.maaf la bro ganggu tido….sy takut bro ditarik nyawa tengah waktu solat jumaat nant..di masjid Alhamdulillah..kene tarik nyawa masa tepi tasik nant..nak jawab ape bro)..
Si gadis : hanya mampu tersenyum …
(pasangan nie agak liat untuk beredar..kerana saya dah abis round mereka masih disitu ag..berbarng lagi plak tue)…
Deruman motor ku membuat mereka terus berpaling kearah ku
Aku : u’re muslim?…(3 kali aku ulang ayat itu…coz muka mereka terpinga)..soalan last…kamu berdua ISLAM..(baru paham)..aku lontar kan soalan yg agak sama seperti diatas..
Si jejaka : ..ooo..ok..jap ade masalah sedikit (cara nya seperti sedang berkongsi masalah dengan si gadis..
Si gadis : (hanya lah mampu tersenyum..
Aku : ish xbleh..khutbah dah start..tue kan syarat sah….kan??..sambung bincang masalah lepas solat ea.
Si jejaki : (tersenyum)..ok..
(Alhadulillah mereka beredar lepas tue..)
Sasaran kelima & keenam
(Situasi mereka sedang makan…dua lelaki dan seorg perempuan..)
Aku : soalan yg sama ditujukan..
Si jejaka 1 : ok….jap makan dulu…
(dalam hati aku,,,aishhhh boleh plak kejap2….tercekik tgh makan krg..aaaaa)
Si jejaka 2 dan si gadis: ( hanya tersenyum…..)
Knp bila tengok remaja2 skrg..mcm xendah jew dengan khutbah jumaat??pelik la,...bukan syarat sah kew khutbah tue?..aishhhh
Bagaimana amalan kita, tingkah laku kita, iman kita, dan perjuangan kita semasa 2011??
Xpe yg lepas jgn dikenang, kita jadikan iktbar,pengajaran dan sempadan untuk kita meningkatkan segala gred pada 2012!!!...AYUH!!
Alhamdulillah, sy menyambut ambang 2012 bertempat didataran kemerdekaan shah alam dengan manfaat nyer bersama ulama’ terkenal USTAZ AZHAR IDRUS…yg famous ceramah nyer dimerata surau, masjid mahupun majlis..lagi2 sape yg suka tengok youtube….mampu menarik semua lapisan masyarat dengan menggunakan cara dakwah yang sempoi……”kesempoian” ustaz mampu mengajak anggaran 60,000 masyarat berbilang lapisan ke dataran kemerdekaan shah alam..kalah ICT tue…bukan itu sahaja..turut dijemput Akhil Hayy and Syam Kamikaze...untuk menghidupkan malam yg penuh bermakna
NOOR SYAMIMI | |
N | Naif |
O | Oportunis |
O | Oportunis |
R | Ramah |
S | Suci |
Y | Yakin |
A | Amanah |
M | Mesra |
I | Ikhlas |
M | Menawan |
I | Idealistik |
Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan.
Orang yang berjaya dalam hidupnya bukan orang tanpa kekurangan tapi dia gigih memperbaiki diri.
Orang yang berjaya tidak akan menganggap remeh sesuatu termasuk dosa sekecil apapun.
Orang yang berjaya adalah mereka yang berhasil mendapatkan petolongan Allah dari setiap urusannya.
Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan, kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa. Tidak ada putus asa dalam Islam.
Kejayaan yang hakiki hanya dimiliki oleh orang-orang yang kembali kepada Allah dengan husnul khatimah
My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template