Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Tuesday, June 9, 2009

AKHLAK GENERASI...


Petikan dari Berita Harian
TOKOH ulama terkenal, Prof Dr Yusuf Al-Qardawi berkata: “Apabila kita hendak melihat wajah rupa negara pada masa hadapan, lihatlah pada generasi hari ini. Sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan mereka yang berakhlak dan berhemah tinggi, maka tentunya negara pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman dan makmur. Tetapi jika keadaannya adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang bakal menimpa.”

Hari ini dunia diledakkan dengan pelbagai gejala yang mencetuskan seribu kebimbangan antaranya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda terutama pada golongan muda. Ia masalah besar kepada negara dan menjadi ancaman boleh menggugat kestabilan serta keharmonian masyarakat.

Sedangkan Rasulullah SAW pernah berpesan melalui sabdanya yang bermaksud: “Lengkapilah anak kami dengan adab susila dan perbaikilah adab mereka.”

Statistik menunjukkan kes gejala sosial banyak membabitkan umat Islam Melayu berbanding bukan Islam. Antaranya buang anak, buang ibu bapa dan makan anak. Begitu juga gejala gangsterisme dan peras ugut di sekolah. Namun, kemunculan masalah itu tidak boleh dipersalahkan kepada pihak sekolah semata-mata kerana sekolah hanyalah sebuah institusi pendidikan kedua manakala rumah institusi pendidikan yang pertama dan terawal.

Penjagaan dan pembesaran anak adalah tanggungjawab yang mesti dipikul ibu bapa. Allah menegaskan melalui firman yang bermaksud: “Allah telah mewasiatkan ke atas kamu mengenai anak kamu.” - (Surah an-Nisa, ayat 11)

Allah menurunkan al-Quran kepada Rasulullah SAW lengkap dengan pengajaran, adab kesopanan dan akhlak yang luhur. Oleh itu, akhlak dan moral dalam pendidikan tentunya bersaling kait dengan sistem hidup Islam itu sendiri. Hanya sistem yang didirikan atas paksi tauhid mampu membentuk satu dasar akhlak yang luhur dan tulus. Dari Mu’az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa Allah mengelilingkan agama Islam dengan budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik

........


Rosak atau tidaknya akhlak anak bergantung kepada sejauh mana baik atau buruknya didikan diterima mereka. Sebagai ibu bapa serta masyarakat keseluruhannya tentu mengharapkan anak atau generasi hari ini menjadi generasi pewaris yang berpedoman, bermaruah dan berakhlak.
Buluh untuk dilentur biarlah dari rebungnya. Mengira biarlah dari awal, mendaki dari bawah atau membaca dari alif, kecil terajar-ajar dan besar terbawa-bawa.

Apabila rebung sudah menjadi buluh segala-galanya sukar untuk dilentur. Apapun, sebagai ibu bapa harus berusaha membimbing serta membentuk peribadi anak yang bakal mengisi kehidupan pada zaman serba cemas dan mencabar ini.

..........

Panas aje bila tengok golongan begini...tapi nak salah kan siape yek??ibubapa??kerajaan??kawan-kawan mereka??erm saya pun tak pasti..tepuk dada tanya masyarakat...kepada yang bakal melahirkan, sedang atau sudah melahirkan generasi (cahaya mata)..didik
lah anak-anak andadengan acuan berlandaskan akhlak yang sebenar-benarnya (akhlak islamiah)

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar h
ati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.



Sabda Rasulullah s.a.w :
" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".
Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Akhir kata "Anak Solah Merupakan Idaman Ibu Bapa ".

3 comments:

istisyhad on June 9, 2009 at 9:55 AM said...

Astaghfirullah...
Ini ker golongan yang akan mempertahankan agama dan bangsa??
Bangunlah wahai remaja Islam...
Sudah terlalu lama kita dipijak dan dihina...
Bangkitlah kembali menjulang panji kebenaran...

lailafillah on June 12, 2009 at 12:37 AM said...

salam dik..erm..keruntuhan akhlak remaja sekarang memng sdg meruncing..siapa yang perlu disalahkan??? hm..sbnrnyer..semuanya bermula dr rumah..kerana anak2 ni ibarat kain yang putih bersih..ibu bapa yg mencoraknya..tapi tak boleh slhkan ibu bapa sepenuhnya..kadg2..dah didik anaktu betul2..tapi kadg2 kerana pengaruh rakan,masalah ini terjadi..same la ibarat iman..iman ni tak boleh diwarisi oleh ayah yg bertaqwa..segalanya bergantung pada diri sendir..tepuk dada..tanya iman..

lailafillah on June 12, 2009 at 12:38 AM said...

salam dik..erm..keruntuhan akhlak remaja sekarang memng sdg meruncing..siapa yang perlu disalahkan??? hm..sbnrnyer..semuanya bermula dr rumah..kerana anak2 ni ibarat kain yang putih bersih..ibu bapa yg mencoraknya..tapi tak boleh slhkan ibu bapa sepenuhnya..kadg2..dah didik anaktu betul2..tapi kadg2 kerana pengaruh rakan,masalah ini terjadi..same la ibarat iman..iman ni tak boleh diwarisi oleh ayah yg bertaqwa..segalanya bergantung pada diri sendir..tepuk dada..tanya iman..

GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template