Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Friday, November 27, 2009

BUAT YANG DISAYANGI...

0 comments

Asal kita berbeza,
Bangsa dan kaum berlainan juga ataupun sama,
Namun,
Kita berpegang dengan agama yang sama,
Percaya pada Allah yang Esa,
Berdiri dengan kalimah syahadah,
Yang menjadi tonggak pegangan kita bersama.

Dakwah adalah misi kita,
Berjuang adalah pergerakan kita,
Al-Quran dan sunnah adalah petunjuk kita,
Berjuang kerana Allah adalah niat kita.

Biar politik kita berbeza,
Biar gerakan kita lain caranya,
Asalkan,
Niat kita adalah sama,
Sebar Islam demi Allah yang tercinta,
Dan…
Hasilnya mesti baik punya,
Kerana kita berpegang dengan kitab yang sama.

Walau di mana kita berada,
Akhlak dan akal mesti dijaga dan diguna,
Bukan lakukan rusuhan di sini sana,
Beri contoh kepada semua,
Supaya Islam tersebar di serata dunia.

Katanya,
Kita saudara,
Kita keluarga,
Kalau begitu ceritanya,
Jangan ada benci-membenci sesame kita,
Bagaimana Islam hendak tersebar seluasnya,
Kalau kita pentingkan diri sendiri sahaja?
Kita usaha semampunya,
Demi menyebarkan agama yang tercinta,
Salam sayang buat kak jang n k.dila,
Semoga dirahmati olehNYA

bukan mimi buat sajak nie...copy paste n ubah ckit-cikit aje...(";)..
Apa yang penting uhibbukifillah...time kasih kerana memimpin mimie...
"SEMOGA UKHWAHFILLAH MEMBAWA KE SYURGA"

Wednesday, November 25, 2009

Sujud......

0 comments

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah

Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup


Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur

Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Hanya mampu sujud

[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah


Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahay
a

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar

Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud


Hanya mampu sujud

Sunday, November 22, 2009

Halal dan Haram itu jelas

0 comments

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Asal usul Perbincangan Hadis :

1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.
manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.
2) Perkara-perkara Syubhat :
berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.
yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan dengan syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.
syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -(kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat). tinggalkan syubhat - sifat wara’ - sempurna iman.
4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - aqal terletak dihati)
hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.

Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram
seterusnyamelakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan
agamanya.Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.


Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru
kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template