Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Thursday, May 28, 2009

ComelNye!!!!!

3 comments
ANAK SEPUPU PERTAMA YANG KEMBAR....

tiba-tiba aje nak post pasal budak dua orang nie.(comelnye.!!!!!)..gambar yang ditunjukkan nie kira dah besar...dah boleh berdiri..tak leh jalan lagi..tapi dah boleh merangkak..kalau lepas aje..abis la..jadi BABY DAY OUT..diorang lambat beberapa minit aje...

depan ZINNIRAH(adik) dan belakang INSYIRAH(kakak) nama nye....


Teka nie INSYIRAH ke ZINNIRAH???hehehe

Akak dan abang diorang (dalam bulatan).UMMI ISYAMI dan UMAR MUBASYIR(cmtu kot eja die)

Wednesday, May 27, 2009

7-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-15)

0 comments

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Ertinya Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah saw. Bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perem[puan yang berpakaian tetapi bertelanjang,berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul diatas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-duas golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya.sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.



PENERANGAN
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw ini dapat kita lihat dari reality mesyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul org dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hokum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakana berpakaina pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kta yendak katakana bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah denagn bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehinga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak jauh perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Tuesday, May 26, 2009

6-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-9)

0 comments


ISLAM KEMBALI DAGANG
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasululluah saw,”Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”.

Penerangan

Islam mulai tersebar dimekkah dengan keadaan yanga sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti olrh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasai gankil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dam prlik bila melihat orang Islam yang iltizam(komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang tang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak sembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib Islam di akhir zaman. Ia akan terasing dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakanyang dia bukan orang Islam.

Saturday, May 23, 2009

5-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-6)

0 comments
continue.....

GOLONGAN ANTI HADITH
Ertinya:Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."

H.R. Abu Daud
PENERANGAN
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada al­Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.
will be continue....

Tuesday, May 19, 2009

TANGISAN!!??

0 comments

Jenis-jenis tangisan...
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(AnNajm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali airmata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut: Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan . Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segaladosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang TAK TERSENTUH API NERAKA, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya." "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

video

GENERASI Y??

0 comments
Salam,,,kelakar rasa nya pentafsiran ana sebelum mengetahui apa erti sebenar GENERASI Y..sebelum ini ana maksudkan GENERASI Y ini adalah generasi golongan lelaki..sebab kromosom kita kan terdiri daripada X dan Y…dan kromosom Y yang menentukan anak itu adalah lelaki(hehehe jahilnya aku..tue la kurang membaca lg)…Semasa ana layari internet tb ana terbaca tajuk mengenai GENERASI Y (dapat membetulkan pemikiran ana mengenai GENERASI Y,,hehehe)..itu dinamakan menuntut ilmu hanya dihujung jari..takleh bagi alasan menuntut ilmu itu susah…tapi ingin mendapat kejayaan sukar sedikit..dalam kita mencari kejayaan banyak imtihan daripada ALLAH…ini adalah untuk menguji keimanan kita..ALLAh tidak mahu membiarkan hambanya dalam kealpaan….takut-takut jika hidup kita bergelumang dengan kesenangan akan lupa kita kepada NYA..ish bahaya…ok berbalik pada tajuk kita apa itu GENERASI Y…petikan ini ana copy past aje..hehehe..selamat membaca…

1. Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:

1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z


1 Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.

2. The Baby Boom (lahir antara 1946 - 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964.
Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi
selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan
kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang.Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung
kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan“The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.

3. The Baby Bust (lahir antara 1965 - 1976)
Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak.Terma “the baby bust” , istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”,Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.

4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 - 1997)
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang)
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 10 tahun.


Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:

* Pre-Baby Boom (63 tahun ke atas) - 4%
* The Baby Boom (45 hingga 62 tahun) - 16%
* The Baby Bust / Gen X (32 hingga 44 tahun) - 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (11 hingga 31 tahun) - 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 10 tahun) - 38%

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 32 hingga 44 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.

Generation Y, also known as The Millennial Generation, is a term used to describe the demographic cohort following Generation X. Its members are often referred to as “Millennials”. There are no precise dates for when Gen Y begins and ends, but usually it is between the late 1970s and early 2000s, with the average definition given being about 1980 to 1995.[1][2] Generation Y has been referred to as the offspring of the Baby Boomers, Generation Jones, and Generation X cohorts.

Sunday, May 17, 2009

4-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-36)

0 comments
continue.....
LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara -perkara itu ialah:


Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah

PENERANGAN
Hadis di atas rnenerangkan bahawa:

Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

will be continue....

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU..

0 comments




Salam kepada sesiapa yang bergelar GURU..Selamat Hari Guru...terutama yang telah mendidik sy sejak tadika, ke sekolah rendah, then menengah, then ILP. then matric, dan sekarang di universiti....

Sy juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada keluarga yang majoritinya adalah guru (banyak sedara belah ma ana, blah ayah ada juga)..


sedara belah ma sahaja..majoriti nya adalah guru..love u all.

dalam keluarga asas sy.. Selamat hari guru pada ibu, akak, abang ipar dan kak ipar..special for ibu sy...(hihih berat sebelah)..dialah guru dan dialah ibu kepada sy dan juga guru kepada anak bangsa..

SAJAK UNTUK GURUKU

Jasamu Dikenang
Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

3-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-1)

0 comments
continue.....



TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Ertinya:Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan didi geraham dan jauhilah perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi




PENERANGAN
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikut tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadis iaitu:

Pertama:Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNYA.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

will be continue.....(",)

2-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-2)

0 comments
continue...

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
Ertinya:Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang­orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

H.R. Bukhari Muslimi

Penerangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

will be continue....

DOAKAN SAYA

0 comments


Kepada visitor blog nie salam ziarah..DOAKAN SAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM FINAL EXAM sem nie....tiba-tiba rasa risau…itu yang terlintas nak tulis nie. Semoga dimurahkan hati pensyarah-pensyarah dan terjaga kesihatan dan persekitaran mereka. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan doakan kerjayaan kita bersama..INSYAALLAH……doa merupakan senjata mu’min...w'salam


Thursday, May 14, 2009

HAK MILIK TER PERLIHARA.. ??

0 comments
Hehehe. Disini sy nak kongsi sedikit benda yang tak berapa untuk dikongsikn..Kenapa diberi tajuk hak milik terpelihara??.

SECOND LAPTOP YANG DISAYANGI (THE FIRST LAPTOP BREAKDOWN..:-(..)

teka Laptop jenama ape???hihiih


Sy tak boleh hidup tanpa laptop..kalau laptop ada depan mata ada saja yang hendak di buat…wat video la..adobe gambar la..tgk gambar la..menaip dan sewaktu dengan nya..Cakap pasal video..sy ada wat video semperna hari ibu..ana send la video tue kat akak ana suruh tunjuk kat ibu sy (semperna hari lahir ayah sy juga).Sy suruh akak tunjuk video tue before hari ibu. Malam hari ibu tue akak sy tunjuk(syukran kak)..dalam kul 11 lebih la….ayah sy telefon..sya pun angkat telefon..dengar suara macho ayahanda tercinta..(hehehe)..macam biasa beri salam, Tanya kabar dan sewaktu dengan nya..Ayah sy ucapkan terima kasih for video tue..(“sama-sama abah,ana jawab..mane ma, nak cakap ngan ma.,.sambung sy(nak jadi orang pertama wish)..”ma kat toilet..nangis..”ayah ana jawab..ha! nangis kenape?(hati risau).ana tanya...”tgk video tue la”..ayah ana jwb…hati ana mula sebak..takpe hati ana konkrit(hehehe)..dan seterusnya……the end…sewaktu ana buat video tue pun hati ana kalah juga..menangis hehehe….itu la wujud nye wireless antara hati ibu dan anak.


Sy rasa sy giler kat komputer sebab dari dalam perut ibu lagi sy dah didedahkan dengan computer kot..sy rasa kawan-kawan dan sahabat pun juga didedahkan dengan gelombang teknologi..semasa doctor nak “scan” kondisi sy dalam uterus kan guna computer..gelombang scan secara tidak langsung menyerap kedalam kulit ibu, mengharungi saraf-saraf..dan terbias pada sy..hehehe(tue la kot reason nya)…jgn percaya..baca boleh..

EXTERNEL HARD DISK PERTAMA DALAM HIDUP


Hadiah dari parents sy yang tercinta (love you so much)…tak tahu semperna ape,..(hehehe)..yang tahu dapat aje. Itu la jadi anak nak meminta aje kerja nya,..(tak semua orang..sy sahaja kot). Hard disk nie banyak kegunaan nya..tp sekarang bila sy tanya aje kawan2 n sahabat2 ape yang disimpan dalam hard disk tue..jawapan nya “Movie”..hehhe jgn marah siapa yang makan cili terasa pedas nya..sy ada juga simpan movie.(hehehe nak kata orang)..Senang selain menjadi backup ia macam portable things kita boleh bawa mana aje..(kecil,ringkas dan padat)..dalam itu ada semua benda yang penting..ia juga meringankan hard disk laptop yang telah banyak menampung berjuta-juta assignment,kertas kerja, projek..dan sewaktu dengan nya (macam nak promote plak)..


Ok akhir kata “SAYANGILAH DIRI ANDA..JAGA DIRI DAN IMAN”…..hehehe (";)

Wednesday, May 13, 2009

1-Hadis Peristiwa Akhir Zaman (ke-5)

0 comments

Umat islam mengikuti langkah-langkah yahudi dan nasrani
Daripada Abu Sa’ad Al-Khudri ra. Berkata, Bahawasanya Rasullullah saw bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kam, sejengkel demi sejengkel, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau meraka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah mereka Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw, menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka”.


H.R Muslim

Penerangan
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun “lifestyle” orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikut mereka. Boleh juga dilihat hiburan-hiburan yang kian terkeluar dari syariat Islam…ada yang sudah pun terkeluar..erm….(contoh hiburan yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia seperti Akademik Fantasia dan One In Million. Ia merupaka idea asal orang barat. Dengan pemakaian yang menjolok mata, suara wanita tiada hadnya untuk diperdengarkan, bersentuhan(termasuk “guru” yang mengajar mereka). Niat mereka memang baik untuk bersalaman..tp niat tak menghalalkan cara..(nak tunjuk baik kot)


Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah saw ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan, Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

YA ALLAH! SELAMATKANLAH KAMI DARIPADA PENGARUH MEREKA..
BOIKOT YAHUDI!!!



Will be continue…..istanna!!….

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu!!

0 comments
M-for the MILLION things she gave
O-for she's growing OLD,
T-for the TEARS she shed to save me,
H-for her HEART of purest gold,
E-for her EYES, with love-light shining,
R-for she is always RIGHT and always be.


Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
special for my lovely mother..HJH ZAINAB BTE ABD SAMAD..
doakan kejayaan anakanda di dunia dan akhirat....dan tetapkan hati hanya kerana YANG ESA
0 comments
Persahabatan?????

SAHABAT
S-Sayang (sayang kita seadanya)
A-Akhirat (ingatkan pada akhirat)
H-Hindar (hindari kita melakukan mungkar)
A-Allah (Apabila melihat muka akan mengingati ALLAH)
B-Bantu (Bantu dalam apa jua urusan)
A- Amanah
T-Teman (Teman sewaktu susah n senang)

TIGA TAHAP PERSAHABATAN :

Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :
1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Persahabatan tabii
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.


Persahabatan yang tercela
Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kwan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.



Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain."Sia-sia aku berkawan dengan engkau.","celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :"....dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67)
Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,"Seseorang itu di atas agama kawannya".



GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template