Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Tuesday, December 27, 2011

~Diriku yang xnak tido.~

1 comments
Terjaga aku dari tido...jam 1.20 a.m...kejutkan akk ku untuk sambung kerja nya.....diri nie terus terjaga sehingga 4.09 (bermula menulis posting nie)....aduh awat xngantuk nie..

Kerja-kerja yang dilakukan...

-FB sebentar





-birthday MY MUM!!!



-Washing clothes..(tetiba dapat idea master)



-continue build project (for master)





-samabil-sambil tue...FB xtinggal..hehehe
-then write this posting...


-sambil mendengar lagu

-"berjalan-jalan" mencari cahaya
Ya ALLAH berikan aku kekuatan dikala aku lemah, berikan aku peringatan dikala aku alpa, berikan aku petunjuk dikala aku kebuntuan, berikan aku nur dikala aku kegelapan mencari redhoMU

Friday, December 23, 2011

SURAT LAYANG BUAT SAHABAT

0 comments

Dirimu sedih, jua diriku
Dirimu muram, tidak jua diwajahku muram..tp hatiku
Dirimu berdiam, membuat diriku turut membisu, tp hatiku menjerit bertanya2


Diriku bukan ahli nujum, untuk mendalami hatimu,

Diriku jua tidak intelek untuk menilik wajah mu, dan membaca linangan matamu


Tapi diriku seorang manusia yg mempunyai hati sama sepertimu…

Tahu erti sedih, gembira, risau, cemburu, marah dan sewaktu dengan nya…

Aku tidak sehebat KHADIJAH menjadi peneman Rasullullah dikala baginda dalam ketakutan mahupun kegelisahan, aku tidak setabah SUMAYYAH yg mampu memberimu ketabahan demi ISLAM tercinta, dan aku bukan jua RABIATUL ADAWIYAH yang wara’ dimana memberimu erti hidup dalam redho ILLAHI….

Walaupun berjauhan..tp dekat nya dihati jika pertalian persahabatn itu hanya bermatlamat kerana NYA….rindu,sayang,kasih hanya lah kerana NYA..

~Buat sahabatku yang jauh~

Aku hamba yang kerdil,lemah dan bergunung dosa….

ENGKAU pertama, tiada akhirnya

Aku dalam kegelapan ENGKAU la cahaya

Izinkan aku menumpang disini

Dibawah naungan kasih dan sayang MU


Sunday, November 27, 2011

~Aku adalah Aku~

0 comments
Aku xsehebat dia
Aku xsecantik die
Aku xsepandai die
Aku juga xsekaya die



~Persoalan nyer disini : Bagaimana nak aku hilangkan semua tanggapan itu, supaya aku xpayah nak bebankan my brain untuk semua yg bukan diri ku seadanya?...erm...payah2x.

Manusia memg susah rasa puas or bersyukur with what he/she has....

~Allah xkan jadikan sesuatu dengan sia2~Sesungguhnya ALLAH itu MAHA BIJAKSANA

even org tue dapat pangkat professor, Phd sampai berkali2,pgg jawatan tinggi2 or dpt pangkat noble di mata manusia..ehmmm...dunia semua tue...lebih sayang lagi dapat benda2 mcm tue, tapi ISLAM diketepikan....tp jika dapat semua tue diseiringkan degan ISLAM...subhanaALLAH... ;)....hebat nyer hamba ALLAH tue...


"HUMBLE"kan diri anda didepan ALLAH sekurang2 nyer, walaupun tinggi nyer anda dimata manusia...dan lagi HEBAT "humble" kan diri anda di pandangan ALLAH mahupun dimata manusia (nasihat untuk diri ini khas nyer dan untuk pembaca umum nyer)

Wednesday, November 2, 2011

Kerana mu diriku begitu berharga

0 comments

My familia
Macam dlm kereta milo....sumbat semua org..

Alhamdullillah...."Sy telah diisyhtiharkan sebagai alumni UiTM yang sah!!!.....

disebalik kejayaan...yg banyak membantu adalah ahli keluarga yg xjemu, xmenyerah dan xmengeluh...melayan kerenah anak/adik yg DEGIL nie....disebalik pertolongan dari NYA

disamping tue turut membantu (mcm ayat sunting filem plak..huhuhu)
kawan2 sekelas sy (CS233 power!!!sempoi!!),sahabat2 sy di UiTM yg meniup semagat dalam diri nie..tanpa kalian siapa la diriku di UiTM..
*_*!

dan xdilupa semua LEcturer sy dari sem 1 hingga sem 6.. luv uuu

---------------------------------------------------------------------------------
Tanpa kalian tiada diriku memegang ijazah
Tanpa kalian tiada diriku diUiTM
tanpa kalian tiada dalam diriku semangat yg membara
Tanpa kalian tiada mampu ku hidup keseorangan dan berdikari bersendirian
Tanpa kalian tiada ilmu ku gapai di bumi UiTM
Kerana kalian diriku begitu berharga
----------------------------------------------------------------------------------

~Ya ALLAH permudahkan urusan ku didunia mahupun diakhrat kelak...tanpaMU diri ini alpa dan lemah...~










Tuesday, September 6, 2011

~Raya-raya~

0 comments
Assalamualaikum wbt

Rasa nyer i'm not too late to wish "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"......maaf zahir dan batin kepada sesiapa yg mengenali diri yg serba kerdil ini..

Syawal disambut penuh riang :) ,Ramadhan pergi penuh tangis :')...moga-moga diri ini dan para pembaca dapat bertemu ramadhan akan datang...

Raya tahun ini agak kelainan sedikit..sedikit aje kelainan....raya pertama seperti biasa..bgn awal-awal..siapkan sarapan (tp bukan sy siapkan hehehehe..ma n akk).coz demam...dalam kul 9 bersiap untuk solat 1 syawal yg diimami oleh ayahanda tercinta di surau sri Budiman terletak dikampung saya...agak lewat la..coz ayahandaku solat 1 syawal dimasjid terlebih dahulu baru bertolak ke surau sri budiman...dengar sedikit khutbah dari ayahanda.baru selesai solat...

Berangkat kerumah kembali...bersiap berpakaian baru..hehhehe...terus bertolak ke umah tua..coz adik beradik belah mak berkumoul disana...lepas tue menziarahi ke rumah mak sedara,adik beradik nenek, jiran2...kene abiskan ziarah 1 hari raya tue juga coz esok nyer kene bertolak ke nilai ada majlis perkahwinan cousin saya K.aida bertempat dirumah Abgku (along) n Isterinya (k.salwa)...ITU LA KELAINAN nyer...PERKAHWINAN SEMASA RAYA MASIH PANAS..hehehehe.....

keesokan majlis perkahwinan..saya, ayahanda, dan bonda...berangkat pulang ke melaka coz ayah ade kerje ckit di office..keesokan baru pulang kembali ke nilai...coz kene jadi org sebelah plak..ke seremban dari nilai..huh!!!tp xle penat sangat...:)....dikempatan berada di seremban..beraya la ke rumah sedara dan kawan2 abah n ma....malam la juga tiba dirumah abg (along) dari beraya..penat2....tp silaturrahim perlu dijaga..

w'salam..

dibawah sedikit gambar kenangan...

Keluarga yang agak besar

Menunggu untuk berarak sebagai org sebelah...wat perkongsian sedikit

Persandingan semasa di rumah abg


Bergambar bersama keluarga SABAH...keluarga k.ipar

Pasangan Pengantin dirumah lelaki


~Saat Lafaz Sakinah~ dinikahi oleh abg pengantin perempuan

Friday, August 26, 2011

~Hati ku x keruan~

0 comments




Aish~~~knp la Noor Syamimi Ismail Basha nie...senang sngat ditiup oleh angin....erm angin ape yek..apa2 la...

Ya ALLAH kuatkan la hati ini menerima dugaan,halangan dari MU..aku ketahui bahawa semua itu adalah untuk menguji keimanan ku padaMU...










Agak ganas ye gambar nie...hiasan semata2.. ^_-

Hatiku milikMU

Thursday, August 18, 2011

ANAK SOLEHAH KAH KITA??

0 comments

kredit buat k.dila....sy mohon share...
Sediakan tisu sebelum membaca...Selamat membaca...



Berkongsi sebuah kisah.......

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ



"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”



"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."


Tuesday, August 16, 2011

~Mengimbau Kenangan~

0 comments
Assalamualaikum w.b.t ......... ^_-...

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat ilahi dengan rahmat dan rezeki nya masih dipinjamkan nyawa beserta dalam nikmat terbesar iman dan islam...Sujud syukur ku kepadaMU ya RABB..

Posting kali ini berkenaan dengan hari2 dalam hidup ku di ADNIN...


Sepanjang bercuti...saya berkesempatan bekerja bersama ADNIN.....big boss adalah Ustaz Akhwan...banyak kenangan manis dan pahit nya...Seronok bekerja bersama2 sahabat2..k.Fiza,k.Niza,k.Ida,Hafsah,k.Pah,Wani,Ustz Afiq,dan ustz Hamimie..eh dua org tertinggal..Hinas dan Ustz Mukmin (tp sekejap je bekerja dengan dia org)...dipandukan matlamat yg sama..ukhuwwah fillah abadan abada...diserikan pula dengan mujahid dan mujahidah kecil....Aslah,Afnan,Asyraf dan Aisyah..."4A"...jadi babystr secara xlangsung..

Penat memg penat...tp puas hati dan gembira coz kerja yg kita buat bukan kerja sia2..tp usaha tuk berdakwah dalam agama tercinta....dan seronok solat jemaah(xtinggal), makan sama2 (satu talam),makan masakan sahabat(fuh! tue yg sedap tue)..

Nak citer nyer kat sini...kenangan xdapat dilupakan....TGK EXCIDENT DENGAN MATA SENDIRI..BERPUSING KERETA TUE...(mcm kartoon pun ade)....citer nyer mcm nie...xingat ari ape..selepas sahur..tunggu solat subuh berjemaah ..lepas solat tue...wat meeting tuk HASRAT d' Shah Alam kejap..diketuai ustaz Afiq...meeting punyer meeting..perkongsian sikit...TIBA2..dengar bunyi tayar kete bergesel dngan jalan..macam kereta tgh race...ape ag....kepala nie toleh kearah bunyi tue....tgk2 kereta pesona hitam lost control..dan langgar divider jalan..terus terbalik dan berpusing...FUH!!..mcm tgk filem seram.heheheeh..tgk citer kartoon ye gak...kereta tuk terbalik dan berpusing sebanyak dua kali.....kepala nie ingat org dalam kerete tue jew..tgk2 ade tangan bergerak2...terus suruh sahbat sy telefon ambulans..staff ADNIN yg lain tonton juga,,,sume gesa Uztaz Afiq dan UStaz Hamimie turun tuk tolong...bergegas diorg turun..saya terus lari bersiap tuk turun (menyibuk gak nak tgk)..capai kunci kereta sekali (mane taw ambulns lambat sampai)...k.pah, ustaz Afiq, Ustaz Hamimie dah ade kat tempat kejadian...bila dah turun..tgk la dalam kereta..xde org..rupa2 nyer dah keluar..sorang jew..alhamdulillah cedera sikit aje...kat tangan.(pemandu Cina perempuan)...kereta tue agak teruk la..dah la baru beli...maaf xsempat nak ambil gambar...k.pah plak cakap kaki dah ketar2..hehehehe...terkejut kot...pastu teringat meeting xhbs ag dan xtutp majlis ag..k.pah suwo tutp majlis kat citu gak..huhuhuh....beberapa minit kmdian polis datang...pastu kitorg pun malas nak masuk campur naik office balik......ingat kan dah habis meeting...sambung balik..(penat tutp majlis kat tempat kejadian td..ahhahahha)...

erm tue la citer nyer..fuh penat...hah!!!..lepas meeting bersiap sedia tuk edar iklan HASRAT..bermula nyer kerja kembali..

~RINDU KALIAN SEMUA KERANA ALLAH~

W'salam..

Friday, July 22, 2011

~M.U.S.L.I.M.A.H~

0 comments



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Tuesday, June 28, 2011

InsyaALLAH....

1 comments
Salam mahabbah.

Alhamdulillah dan bersyukur pada ILLAHI masih diberi kesempatan untuk hidup didunia nie bersama nikmat terbesar IMAN dan ISLAM…

Topic pada post kali ini xde ape nyer…Cuma nak mengisi masa lapang....Alhamdulillah sy baru saja habis berpraktikal di UITM dibawh penasihat DR Salwa Salleh dan diselia oleh Dr Nursuriati Jamil…apa yg dipraktikalkan di uitm tue??..persoalan yg selalu ditujukan..erm…sy praktikal dibawah Dr Salwa dimana membantu dr dalam projek..yang saya buat adalah E-MAGAZINE…alhamduliillah sekali ag..diberi kesempatan menyiapkan didalam tempoh yg diberi..terima kasih,syukran,shei shei,arigato.kepada sesiapa yg membantu secara langsung mahupun tidak langsung…Banyak pengalaman yg dapat dalam berpraktikal walaupun suasan kerja tue xlah yg sebenar2 nyer….punch card pun mcm nak xnak jew..huhuhuhuhu….

Moga2 dah habis nyer berpraktikal…membolehkan saya grad tahun nie….insyaALLAH…..TAHNIAH!!!!kepada sahabat2,rakan2,kawan2 dan pernah mengenali diri ini yg akan grad juga tahun ini…

Selepas debaran menunggu result final aritue, sekarg debaran tuk menunggu debaran result kelayakan tuk sambung belajar (master)…dalam bulan 7 dapat lah tahu result tue…...

Ya ALLAH..istiqamahkan lah hambaMU ini dalam perjuangan dan dalam menjalani tanggungjawab sebagai HambaMU…jangan biarkan daku lalai dalam dunia yg penuh dengan penipuan, lalaikanlah daku dalam gerak kerja untuk agamaMU…

Wednesday, June 22, 2011

Perantau

0 comments
Album : Memori The Zikr
Munsyid : Nazrey Johan

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah


GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template