Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Friday, October 26, 2012

Syahdu di pagi Aidiladha 1433 H (26/10/12)

0 comments

Salam aidiladha buat kenalan2..


Perkongsian Khutbah yang mampu menyentuh perasaan dan mengalirkan air mata ayahanda ketika menyampaikan serta para jemaah,  selamat membaca..disertakan link dibawah.



Monday, October 1, 2012

JODOH

0 comments
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.


Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥


Yang penting sebaai hamba ALLAH kita kene kuat,berani...yang penting istiqarah....

Tuesday, July 10, 2012

Sihat Bertenaga di Bulan Puasa, Langsing bergaya Di hari Raya

0 comments
Assalamualaikum....
Perkongsian kali ni berkaitan PUASA dan HERBALIFE..idea tercetus selepas pi training ZERO2HERO..tagline bulan puasa "SIhat dan ceria di bulan Puasa, langsing bergaya di hari raya"..


Sungguh simple kan bersama herbalife...jimat pun yeeee..yeah!!! yang penting SIHAT...mudah terawih, mudah beribadah, mudah bersahur...masa yg diambil semua nya singkat..xyah pikir2..nak beli ape ye berbuka...nak makan ape ye sahur supaya kenyang...dengan herbalife semua nya dah tesedia..

makanan untuk sahur..boleh disiapkan masa malam...SHAKE simpan dalam peti sejuk..bangun sahur terus makan...nyummmyyy...

GAMBAR diatas ringkasan untuk menu yg SIHAT di BULAN PUASA...bulan yang ditunggu2kan..kerana banyak rahmat dan istimewa bulan tersebt..

Mari sama-sama  kita berdoa agar ALLAH memberi kesempatan umur untuk bertemu Ramadhan yg akan datang dan berkesempatan merebut kelebihan yg ALLAH hamparkan utk kita bg mengayati bulan Ramadhan sebagai bulan yg mampu mentarbiyahkan diri untuk berhijrah kearah yg lebih baik.


Ya Allah... Izinkan kami berkesempatan bertemu Ramadhan  (3X)
Dan berikan Taufik HidayahMu agar dapat kami berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan beribadah,
Dan dengan melaluinya (Ramadhan) jadikan kami dari golongan orang-orang yang dapat membebaskan diri dari nerakaMU,
Dengan RahmatMu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Thursday, June 14, 2012

RAEF - I'm Yours (Jason Mraz Cover)

0 comments

Well I've done-done wrong and you bet I felt it
I tried to be chill but it was so hot that I melted
I fell right through the cracks
And I'm trying to get back!
Before the cool done run out
and I'll be giving it my bestest
And nothing's going to help me but divine intervention
I reckon it's again my turn...to win some or learn some!
So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait, I'm Yours! Rabbee I'm Yours!!

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and man, you're free!
Open up your heart and you'll find love, love, love :)
Listen to my music and maybe sing with me?
I love peaceful melodies
It's our God-forsaken right to be loved, loved, loved, loved, loved!

So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, Rabbee! Rabbee! I am Yours!

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
and my breath fogged up the glass
So I drew a new face and laughed :D
I guess what I be saying is there ain't no better reason,
to rid yourself of vanities and just go with the season
It's what we aim to do
Our name is our virtue!

So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, Rabbee! Rabbee! I am Yours!
Rabbee, Rabbee, I am Yours!
Rabbee, Rabbee, I am Yours!
Oh, Rabbee, Rabbee, I am Yours! 

Sunday, June 3, 2012

My First Moist chocolate cake

0 comments
Alhamdulillah menjadi gak...nyummmyyyy ^_^


Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.


Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.


4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan

Wednesday, April 25, 2012

Jadikan STRESS positive

0 comments
Stress dengan kerja, dengan benda yg xserba kene..aduh!!..

Ini mungkin ini ujian dari ALLAH untuk uji keimanan aku pada DIA....alhamdulillah ALLAH masih sayang dan ingat pada aku..dengan mengirimkan ujian pada aku...insyaALLAH akan aku lawan dan lawan dan lawan ke"stress"an aku nie...

Pikir org2 yg lagi besar ujian nya dari aku
Pikir  org2 yg mungkin xnak teruskan hidup bila ditimpa musibah..nauzubillah
Pikir perjuangan yang perlu kita pikul
Pikir masalah itu hanya la kecil berbanding dengan pertolongan ALLAH
pikir dan pikir la...bila nak wat sesuatu keputusan k NOOR SYAMIMI ISMAIL BASHA...





JOM sihat Tanpa STRESS



Mesti terus asa jgn putus asa.... ALLAH always by ur side....


Thursday, April 12, 2012

For you....

0 comments
Oh my dear sahabat... Nor Hafsah Omar ....awk post video nie kat fb sy..awk tahu x..berlinang air mata sy..nasib baik xmenangis..hilang ke"macho"an sy .hehehehehehe



apa-apapun...janji awak bahagia. :) ...walaupun berjauhan..ukhuwwah tetap utuh..insyaALLAH

Saturday, February 4, 2012

Pertandingan Poster Dakwah De Facebook

2 comments

Assalamualaikum w.b.t..salam satu ummah

Mesti semua dah tahu mengenai pertandingan poster dakwah de facebook yang diajurkan oleh Ustazah Pilihan Firuz

Dibawah ini merupakan hasil yang tidak seberapa daripada hamba ALLAH bernama NOOR SYAMIMI ISMAIL BASHA....

Melihat pada penyertaan yang sanagt kreatif dan mantop dari peserta-peserta lain.. WOW!!.. kagum saya..mereka menunjukkan bakat daripada hasil seni yang halus tambahan mesej yang disampaikan melalui karya mereka..bukan hanya tulisan mahupun novel-novel boleh menceriakan sesesuatu.. gambar yang bersifat static dan grafic semata-mata boleh mencerminkan @menceritakan @ menghuraikan sesuatu dengan begiru mendalam...




-Design yang dihantar hendaklah neutral dari pereka....tiada unsur "imitate"...
-Bercorak dakwah dan nasihat
-Penyertaan yang mudah..hanya antar melalui e-mail upfiruz@gmail.com
-Keterangan lanjut kunjungi DISINI

~ISLAM itu SENI~

Thursday, January 26, 2012

Buatmu mujahidah Fateenah

3 comments


Ya ALLAH,
Bentuklah mujahidah FATEENAH menjadi manusia yang cukup kuat untuk menyadari manakalah ia lemah,
Dan cukup berani untuk menghadapi dirinya sendiri manakala ia takut
Manusia yang selalu memiliki rasa bangga dan keteguhan dalam kekalahan
Rendah hati serta jujur dalam kemenangan

Bentuklah dia menjadi manusia kuat dan mengerti
Bahawa mengetahui dan kenal akan dirinya sendiri adalah dasar dari segala ilmu yang benar

YA Rabb,
Janganlah dia dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah
Biar Kau bimbing di bawah tempa dan desak kesulitan tantangan hidup
Bimbinglah dia supaya tegak berdiri di tengah badai
Berbelas kasih pada mereka yang jatuh

Bentuklah dia menjadi manusia berhati bening
Dengan cinta meninggi langit terhadapMU
Seorang mujahidah yang menjangkau kehari depan, tapi tak melupakan masa lampau

Dan setelah segalanya menjadi miliknya, semoga dia dilengkapi hati yang ringan dan zuhud
Serta selalu akan bersungguh hati dalam apa yang diimpikan
Berikan kepadanya kerendahan hati
Kesederhanaan dari keagungan hakiki
Fikiran cerah dan terbuka bagi sumber kearifan dan kelembutan dari kekuatan sebenarnya


Tahniah Busu n Busu Man


Nukilan dari Hilal Alifi diolah sedikit oleh Mimie Ismail Basha

Wednesday, January 25, 2012

Admire

6 comments
Bismillahirrahmannirahim...
Admire = to regard with esteem, respect, approval, or pleased surprise

Semua orang tentunya pernah ade "admire"...posting nie ingin saya cerita beraitan admire saya. Dia seorang perempuan...dah tamat belajar dan sekrang bekerja sudah alhamdulillah.Saya masaih lagi keep contact dengan dia. Fisrt time ku lihat wajah dia dan mendengar suara apabila berkata dengan penuh input nyer..walaupun pandai berlawak...(macam cinta pandang pertama)..heheheh..waktu itu aku masih baru disitu(dirahsia kan tempat)hehehehe...biasa lah bila dah minat tue, bila tgk si dia bersemangat dan teringin bersemuka dan bercakap dengan dia. tapi memandangkan perasaan malu itu menebal...ter"cancel" segala plan...(malu xbertempat...dengan perempuan nak malu heheheh).

Dipendekkan cerita, aku "ditabalkan" menjadi sebahagian dari diri nya....huhuhu perasan la mimie nie...bukan menjadi sebahagian dari diri nya tapi menjadi ahli dalam satu group discussion (group apa...juga dirahsiakan hehehehe)...aku rasa time tue, aduh malu nya tapi terselit perasaan beruntung dan gumbira..hehehhe...(aku lah orang paling beruntung dalam dunia waktu itu)..walaupun aku dilayan bukan seperti yang aku mahukan..(ewww mengadanya)..nak buat macam mane..berharap lebih-lebih diri ini yang tidak senang dan in the big problem. Jadinya saya menjadi matang sedikit disitu ye..hehehe...dalam group tue memang kurang la berkata-kata..(xreti nak berkata-kata la)...tawadduk jew dengar..(nama jew group discussion..aishh mimie nie)...hehehehe...buat-buat busy menyalin jew..huhuhu...

Si dia ini hanya sorang je yang tahu saya admire kat die..nama orang tue Fairuz (jangan bgtahu sesiapa k yus)...ok setakat itu dulu cerita berkaitan SI DIA...diri ini masih merinduinya. ^_^




Tuesday, January 24, 2012

Warkah buat si dia

0 comments
Seorang lelaki yang sentiasa rindukan syahid dijalan ALLAH
Seorang lelaki yang menghabiskan masa untuk perjuangan Fisabilillah
Seorang lelaki yang meletakkan cinta pada Pencipta adalah yang teratas
Dia adalah lelaki yang mungkin akan jadi imam
dan membawa sakinah dalam keluarganya
Dia adalah lelaki yang boleh memahami dan menghakimi
dengan penuh kasih hati zaujah nya
Dia mampu menghiburkan dengan alunan ayat al-quran dan zikrullah
Dia sentiasa mengingati mati
setiap langkah nya ingin dia mengikuti sedaya upaya akhlak mulia Rasullullah
Dia mampu mengajak mendalami ilmu islam semasa disisi
Solat menjadi maruahnya tidak tinggal apatah lagi lupa

Setiap manusia hendakkan yang terbaik dalam hidup mereka
Aku berusaha menjadi solehah untuk si dia

kerana aku memerlukan dia untuk membimbing ku
aku juga memerlukan si dia untuk memenuhi kebutuhan rohani
"Wanita baik untuk lelaki yang baik"

Dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta

Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA

Andai hilang cintanya itu, maka hilanglah cintaku padanya

Cinta Illahi penyebab jua aku memilihnya

Siapakah si dia???

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu

Doaku, semoga dia tercipta untuk ku

Semoga tercipta jodoh dengan dia

Kerana dia pilihanku...



YA ALLAH Ya tuhanku yang maha pengasih, Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Didunia dan diakhirat, Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini, Janganlah engkau biarkan aku sendirian, Didunia ini mahupun diakhirat, Menjuruskan aku ke arah kemungkaran dan kemaksiatan, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, Agar aku dan dia dapat bersama-sama membina kesejahteraan hidup kearah yang kau redhai.


YA ALLAH Kau ketemukanlah aku dengan insan yang boleh membimbingku, menyayangiku, menggembirakanku, dan ikhlas padaku, Jika diri ini masih daif, Kau berikanlah aku, Ketenangan untuk diri ini kembali padaMu untuk menjadi wanita yang solehah





Sunday, January 22, 2012

Let's design ourself after ALLAH create us

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...
Tajuk posting is "Let's design ourself after ALLAH create us"...bukan potoshop, picasa or other software can design-mendesign jew...hehehe (xde kaitan pun)


Macam tau jew posting about what....hehehehhe...

Pertama sekali bersyukur nya aku kepada PENCIPTA ku....beri aku kesempatan dan meminjamkan aku nyawa berserta nikmat terbesar ISLAM dan IMAN...

"KESIHATAN adalah sebahagian daripada PERJUANGAN para da'ie"
untuk merantai kembali perjuangan KEKASIH ALLAH..RASULLULLAH S.A.W


وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(az-Zariyat: 55)


Menyeru kepada benda yang baik...adalah perbuatan orang-orang yang BERJAYA!!!


وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali-‘Imran: 104)


Bermula nya aku dengan HERBALIFE

-sebenarnya dah lama dah aku mula makan herbalife nie... pada sem 4 sewaktu aku degree di UiTM
....for that moment..hehe..my mum sponsor..;).sekarang aku dah tutup tirai pentas ku sebagai undergraduate student but now i continue my study & buka lembaran baru sebagai postgraduate student
-Knp berhenti..??..busy kot...coz tgh belajar kan...tue yang xdapat serius dgn herbalife tue..serius ngan bernda lain..huhuhu..pikir2 balik..susah kew herbalife nie?..senang jew rupa nyer....dan aku berhenti bukan juga kerana xbest nyer coach aku merangkap my cousin (Atie nama diberi)...menyimpang jauh sekali pernyataan itu..

- Dengan izin ALLAH terikat kembali taliku bersama HERBALIFE...dan bukan dengan sponsor my mum..but my own money..kais pagi makan pagi dan tghari, kain petang makan petang dan malam..hehehe..(maaf ubah peribahasa)..my coach now is my own sister....so easy for her to coach me..kerana duduk sama di Shah Alam.
.

-semoga istiqamah nya aku mengambil herbalife ini...hanyalah keranaMU Ya Rabb...sehingga mencapai kesihatan yg MANTOP!!...
Reason yang kukuh untuk aku menjaga kesihatan dalaman mahupun luaran.....ade jew reason lain..(tidak semua cerita nak cerita kat orang kan..hehehhe)..my my first reason is for PERJUANGAN...and my future life as PENDOKONG agama ISLAM...

pernah diri ini menitiskan airmata..apabila memikirkan kesihatan diri ini bila dikaitkan dengan perjuangan,..."ajal maut hanya lah ketentuan ALLAH"..tp selagimana kita mampu untuk terus menjaga, mendidik dan membelai diri ini sebaik-baiknya..kita terus berusaha....

ayuh!!! sahabat kita SIHAT kerana ISLAM tercinta!!!

Friday, January 6, 2012

~6 sasaran aku cekup~

3 comments

6 sasaran aku cekup (macam pihak JAIS plak)..


apa kaitan gambar diatas dengan posting nie...jom explore!!

Perjalanan aku dari fakulti ke tempat kediaman….kerana nak jumpa akak bagi kunci kereta,…hati rasa tidak sedap semasa tgk keadaan di tasik tue..dosa nya aku kalau biarkan(monolog hati)...mesti pergi!!!..dengan berbekalkan motor dan helmet..berdesup aku ke tasik seksyen 7..patah balik..

Lokasi : Tasik seksyen7

Masa : 1.15 p.m..anggaran jew…coz baru 5 min azan zohor

Soalan yang sama aku tujukan pada sasaran-sasaran tersebut…

Assalamualaikum…maaf mengganggu..ada sorang pak cik lalu disni tadi..tp pakcik tue nak pi semayang jumaat,..jadinya die suroh saya tegur sape yg xpi solat jumaat kat cnie..maaf yer..khutbah dah start..kan tue salah satu syarat sah solat jumaat..(tersenyum)…tp dalam hati geram..

Sempat lagi berdating…lempang laju2 krg..masuk dalam tasik baru tahu…aish…rasanya

perempuan tue boleh nilai dah..lelaki tue boleh bimbing die lepas kahwin ke tidak..(bagi pasangan yg belum kahwin)..

malu-malu...

Sasaran Pertama

(situasi seperti sedang berdating)….deruan bunyi motor ku membuat mereka berpaling kearah ku...aku terus tegur dengar ayat seperti diatas

Si jejaka : (dengan muka masih nak control macho nyer pada si gadis)…ok..jap lagi…

Si gadis : (muka mcm malu jew)…

Aku : (hanya mampu tersenyum….)..

Teruskan langkahku :

Sasaran kedua

Ayat yang sama seperti diatas aku tujukan pada sasaran kedua..tapi tambah satu ayat ag…maaf ISLAM kew??...sebab si gadis free hair dan muka agak putih..mana taw sabah non-muslim kew…ok set die jawab ISLAM..tp mcm ragu2 jew..jangan la malu nak mengaku ISLAM..aish..

Si lelaki Jawab : (sama juga mcm sasran pertama)..

Si Gadis : hanya melihat muka si jejaka…

Aku beransur kembali untuk melihat kembali kereta....Selepas aku menjenguk kereta ku..dalam 5min kemudian…lalu kembali ke tasik…coz nak ke fakulti kembali…alhamdulillah…pasangan tadi dah beredar..tp ade 2 lagi group masih berpacaran dan 1 group tengah makan bersama kawan2..

Sasaran ketiga

Parking motor….aku terus menuju kearah sasaran tersebut…dari jauh si gadis dah meng”ushah”ku..situasi pasangan ketika itu..si jejaka berbaring dengan kepala nya berada di atas peha si gadis…semakin semakin dekat aku dengan mereka…si jejaka tukar posisi (berbaring kepala beralaskan rumput)..

Aku keluarkan ayat yang sama…coz xde idea dah…

Si jejaka jawab : ok (senyum sdikit)..jap ag…(dengan mata yg merah coz baru bangun tido.maaf la bro ganggu tido….sy takut bro ditarik nyawa tengah waktu solat jumaat nant..di masjid Alhamdulillah..kene tarik nyawa masa tepi tasik nant..nak jawab ape bro)..

Si gadis : hanya mampu tersenyum …

(pasangan nie agak liat untuk beredar..kerana saya dah abis round mereka masih disitu ag..berbarng lagi plak tue)…

Sasaran keempat

Deruman motor ku membuat mereka terus berpaling kearah ku

Aku : u’re muslim?…(3 kali aku ulang ayat itu…coz muka mereka terpinga)..soalan last…kamu berdua ISLAM..(baru paham)..aku lontar kan soalan yg agak sama seperti diatas..

Si jejaka : ..ooo..ok..jap ade masalah sedikit (cara nya seperti sedang berkongsi masalah dengan si gadis..

Si gadis : (hanya lah mampu tersenyum..

Aku : ish xbleh..khutbah dah start..tue kan syarat sah….kan??..sambung bincang masalah lepas solat ea.

Si jejaki : (tersenyum)..ok..

(Alhadulillah mereka beredar lepas tue..)

Sasaran kelima & keenam

(Situasi mereka sedang makan…dua lelaki dan seorg perempuan..)

Aku : soalan yg sama ditujukan..

Si jejaka 1 : ok….jap makan dulu…

(dalam hati aku,,,aishhhh boleh plak kejap2….tercekik tgh makan krg..aaaaa)

Si jejaka 2 dan si gadis: ( hanya tersenyum…..)

Knp bila tengok remaja2 skrg..mcm xendah jew dengan khutbah jumaat??pelik la,...bukan syarat sah kew khutbah tue?..aishhhh

Thursday, January 5, 2012

~Luluh hati~

0 comments
Ko nangis mimie...xyah nak nangis2...salah ko juga...aish (monolog hati)


Luqman Al-Hakim berpesan, apabila engkau ingin mencari teman sejati, ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihatimu, maka bolehlah engkau ambilnya sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, berhati-hatilah kamu terhadapnya.

Itu antara kata-kata Luqman Al-Hakim mengenai erti persabahatan, mari ungkap kata-kata ini pula ...

  • Perbaikilah juga tutur katamu, halusilah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.
  • Dalam bersahabat juga, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian atau menagih sanjungan daripada orang lain, kerana jika itu yang kamu hajati, dirimu akan beroleh kecelakaan.
  • Usahakanlah juga supaya mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri dan jika berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.
  • Untuk disayangi, jadilah insan yang penyayang. Siapa yang suka berdiam diri sudah tentu selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun dan barang siapa tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, tentu dia akan menyesal.
  • Bersahabatlah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah nasihatnya kerana akan sejuk hatimu mendengarnya. Hidupkanlah hatimu dengan cahaya hikmah yang diperoleh daripada mutiara kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah subur yang disirami hujan.
  • Janganlah engkau bertemankan orang bodoh serta mereka yang talam dua muka kerana ia akan membahayakan mu.
~Mampu ke aku nak menjadi teman seperti pesanan Luqman Alhakim~

mencuba terus mencuba...kesabaran perlu untuk kekalkan sayang itu hanya kerana ALLAH

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku

Wednesday, January 4, 2012

Beredar 2011 ahlan wa sahlan 2012

0 comments

Beredar 2011 ahlan wa sahlan 2012…

Bagaimana amalan kita, tingkah laku kita, iman kita, dan perjuangan kita semasa 2011??

Xpe yg lepas jgn dikenang, kita jadikan iktbar,pengajaran dan sempadan untuk kita meningkatkan segala gred pada 2012!!!...AYUH!!

Alhamdulillah, sy menyambut ambang 2012 bertempat didataran kemerdekaan shah alam dengan manfaat nyer bersama ulama’ terkenal USTAZ AZHAR IDRUS…yg famous ceramah nyer dimerata surau, masjid mahupun majlis..lagi2 sape yg suka tengok youtube….mampu menarik semua lapisan masyarat dengan menggunakan cara dakwah yang sempoi……”kesempoian” ustaz mampu mengajak anggaran 60,000 masyarat berbilang lapisan ke dataran kemerdekaan shah alam..kalah ICT tue…bukan itu sahaja..turut dijemput Akhil Hayy and Syam Kamikaze...untuk menghidupkan malam yg penuh bermakna



Alhamdulillah orang lebih terbuka hati dengan majlis berunsur ISLAM….ISLAM itu INDAH…

kita boleh menilai sendiri mana hiburan yang sebetul2 nyer diperlukan sebagai fitrah manusia...yang dpat ketenangan dan manfaat dari nyer...TEPUK DADA TANYA IMAN


عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم (لَيَشَرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ. يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا. يُعْزَفُ عَلَى رُءُوِسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنّيَاتِ، يَخْسِفُ اللهُ بِهِمُ الأَرْضَ. وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيِرَ

Dari Abi Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan ada dari umatku segolongan manusia yang meminum arak dengan mereka menamakannya dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi.

(Riwayat Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, at-Tabrani dan al-Baihaqi. Lihat; al-Jami’ as-Saghier (Imam as-Suyuti), hadis no. 7706).

GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template