Man ana??

My photo
Semaikan ISLAM di HATI, Tanamkan IMAN nan SUCI, Bajai Taqwa setia hari, Berbuahla BAHAGIA HAKIKI.

Tuesday, June 9, 2009

Cinta dan Keikhlasan



CINTA DAN KEIKHLASAN HANYA KERANA AL-WAHAB (MAHA PEMBERI)

Dua perkataan yang bermain difikiran..perkataan tu mula berlegar-legar di fikiran sewaktu aku membaca sebuah novel bertajuk “Mukjizat Cinta”…cerita nie best..kadang-kadang boleh menitiskan air mata..kadang-kadang rasa diri ini jahil..dan kadang-kadang rasa diri ini serba kekurangan disisi ALLAH. Tapi tak abis baca lagi novel nie..hehehe… Kepada sesiapa yang pernah baca novel nie..akan terperasan ayat-ayat yang saya tulis sama dengan ayat dalam novel tersebut. Saya cuma tokok tambah aje hehehe..


“Wahai Tuhan ku jika aku menyembahMu kerana ,menginginkan syurgaMu,maka masukkan lah aku kedalam nerakaMu. Jika aku menyembahmu kerana takutkan nerakaMu,maka masukkan aku kedalam nya”..(doa Rabiah Al-Adawiyah)

Ya Allah wujudkanlah perasaan CINTAku pada Mu mengalahkan segala yang ada di bumi ini. Dengan adanya cintaMu itu aku bersujud kepadaMu tanpa mengharapkan pahala dariMU. Dan dengan cinta ini lah aku redha dengan ujian yang menimpa diri ku..

Analogi..jika kita mencintai atau menyayangi seseorang dengan sepenuh jiwa raga dan melakukan sesuatu untuknya. Adakah kita akan meminta bayaran darinya?..

Demikian juga dengan keikhlasan..muamalah sesame manusia, kita mesti melakukan dengan penuh keikhlasan. Seperti kita melakukan sesuatu untuk sahabat kita, kita akan berusaha membantu sahabat kita dan melakukan apa sahaja permintaannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Yang penting adalah untuk membuat hati sahabat kita gembira dan setiap usaha kita diredhai ALLAH. Secara tidak langsung hati kita turut gembira..



Jadi kita sebagai hamba ALLAH…dambakanlah dan peliharalah CINTA dan KEIKHLASAN dengan sepenuh jiwa raga hanya kerana ALLAH.

Pada saya fokus orang yang ikhlas hanya satu, yakni bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah. Jujur dalam berkata-kata, tulus dalam beramal ibadat, dan lurus dalam berniat adalah buah dari hati yang ikhlas.

3 comments:

lailafillah on June 12, 2009 at 12:30 AM said...

salam dik..kite kene faham betul2..ape maksud cinta dan keadilan ni..^^ suke akak bace post adik ni..bagus3^^

lailafillah on June 12, 2009 at 12:32 AM said...

maf2..salah tulis..cinta dan keikhlasan..^^ape pon..letakkan cinta tertinggi kepada Allah swt^^

slaveofALLAH on June 12, 2009 at 12:38 AM said...

salam..kepda akakku laila...syukran coz comment my post...tul kak semaikan dalam diri..cinta ALLAH yg first perlu di kecapi..luv u fillah

GN..(";)

 

My Soul Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template